CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 2 October 2012

021012

bismillah..
hari ni banyak perkara yang berlaku dalam diri saya as the first time
moga2 banyak pengalaman, banyak iktibar yang diambil

pagi2 lagi dah diuji
pakcik2 driver bas pakat buat mogok taknak buka pintu bas
sebab apa?
ada yang cakap nak naikkan harga tambang dari 35 qirsyh (RM1.60) kepada 40 qirsyh (RM 1.80) sebab harga minyak naik
dan sebagai pelajar tajaan, ramai yang takde masalah sebab cuma selisih 5 qirsyh je,,
" Ala, macam 5 sen je pun beza, lagipun penaja bagi duit untuk gi klas kan"
ada juga khabar angin pasal polis tak bagi lalu jalan yang biasa bas lalu..
macam tak logik pun ada

mogok ni sebenarnya dah mula dari semalam lagi cuma tak ketara sangat
bayangkanlah sampai stesen bas pukul 7.20,, pukul 7.40 baru boleh naik bas
kalau hari biasa tak sampai 5 minit dah boleh gerak gi JUST
mana-mana yang terlewat sikit terpaksalah naik teksi yang tambang 4JD = RM20

hari ni, sampai2 stesen bas tu nampak semua senior patah balik ke jalan besar
tanya-tanya,,
rupanya nak ambil teksi sebab bas taknak buka pintu langsung
dari jauh dah nampak lambakan students tak kiralah arab, melayu, bangsa lain
"kalau semalam, bas buka pintu pun susah nak masuk,,
apatah lagi hari ni yang belum bukak pintu langsung"

cari-cari kawan satu batch untuk kongsi teksi
rasa macam clinical student
sebab
bawak labcoat, naik teksi, turun depan hospital..hehe
alhamdulillah selamat sampai 15 minit sebelum kelas

lepas zohor diuji lagi
on the way nak pergi pathology lab from masjid
tetiba ada angin kencang macam ribut pasir
banyak pasir masuk kasut
mata+hidung+mulut dah cover dengan labcoat sebab taknak masuk pasir
tudung nasib baik tak terbang
badan dah rasa macam hilang berat badan sebab rasa nak melayang..hehe






macam kebakaran pun ada
betapa dahsyat tak dahsyatnya
rasanya ni yang paling teruk sepanjang setahun dok sini
mungkin petanda yang nak tukar musim
yeah, winter is coming~~

bila nak balik rumah,,
nasib baik bas dah ada
pakcik driver mogok sekejap je
tapi tambang memang dah naiklah kepada 40 qirsyh

moga2 esok lebih baik dari hari ni =)



notakaki1 : esok kelas sejam je..pukul 9.30 dah boleh balik

notakaki2 : terkejut dapat berita ayah kepada kawan kat US tu meninggal 7.30mlm waktu malaysia..kami tahu 3 jam lepas tu..he's not my schoolmate tapi kawan masa gi nihong dulu..al-fatihah

Monday, 1 October 2012

ihsan dalam perbuatan

bismillahirahmanirahim..
baru sahaja selesai baca hadis kedua dari hadis 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi
mengisahkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (ada sedikit berkaitan kiamat)
terlalu panjang untuk dipostkan di sini
sekadar berkongsi  frasa yang menarik perhatian

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ 
“ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

senang cerita,,semua perkara yang kita lakukan mestilah buat bersungguh-sungguh
sebab Allah yang Maha Agung tu tak pernah lepas dari melihat kita
itupun kita masih lagi leka dan tak malu membuat kemungkaran (opss!)

ada orang kaitkan ihsan dalam belajar,,
macam mana tu?
sama je,, kita belajar seolah-olah Allah melihat kita 
kalau dalam kelas mengantuk, kita segan kalau cikgu/pensyarah nampak kita tidur
samalah jugak, lagi2 kita tak dapat nak cover ngantuk dengan Allah
ye, tak dinafikan belajar, cepat bosan, ngantuk, tak fokus, fikiran melayang dan sebagainya
sebab apa?
sebab belajar tu kan ibadah
dah lupa ke yang syaitan berjanji untuk menghasut dan melalaikan umat manusia yang melakukan kebaikan?
jadinya sama-samalah kita muhasabah diri
mungkin boleh menjadi kekuatan untuk terus melawan rasa ngantuk dalam kelas =)

oh ya, ihsan ni boleh dipraktikkan dalam semua perbuatan kita
sebabnya sedikit sebanyak boleh galakkan kita untuk terus ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan



notakaki1 : wahh, dah lama tak update blog, jadinya ayat dah tunggang terbalik..

notakaki2: sekarang tengah mood perbahasan bajet 2013..sementara internet masih laju, bolehlah tengok live

notakaki3: tak terlambat kot nak wish congratulation for both sdar debate team on their achievement in ppm'39..walaupun bm dapat naib johan, tapi u all memang legend,,dah dpt rasa aura korang since ppm '37 lagi..mungkin kita senasib kalah masa final disebabkan benda2 teknikal (legend bahas cakaplah,,xsempat tgok pun)

Thursday, 26 July 2012

ramadhan 1433

bismillah
mungkin tak terlalu lambat utk ucap salam ramadhan
kalau kat malaysia start puasa hari sabtu hari tu,
dekat Jordan dah start since jumaat
so kami yang akan balik malaysia ni akan puasa extra sehari..yeah^^
memang agak kalut sikit sebab semua orang expect hari sabtu
tetibe dh nak maghrib hari khamis tu, kat tv announce esok puasa, so malam ni start tarawih
so semua program tangguh serta merta untuk bagi laluan kepada tarawih

biasanya ada macam2 ucapan untuk ramadhan kan

ramadhan kareem
jawab : Allahu akram
sebab apa?
kita cakap ramadhan yang mulia, so kita kena kembalikan kemuliaan tu pada Allah, 
dengan menyebut Allah yang palingg muliaa

ramadhan mubarak
jawab: Allah yubarik alaik
semoga Allah memberi keberkatan keatas kamu

p/s : tapi sekarang mcm orang dh jarang sebut ramadhan mubarak, sbb phobia kot..oppss


^_^


Saturday, 14 July 2012

spontaneous saturday..hehe


tajuk cm gempak giler je
kalau dah tahu, tahulah 
just nak share lately saya berjaya keep in touch with my family in japan^^
takdelah berjaya sgt sbb bukan saya yg contact
my sis (3rd from left) yg add me kat fb
and currently we have communication problem because she cant understand english 
and my japanese become worse as i didnt practise it about 3 years..huhu
nasib baik ada senior kat yamaguchi tolong translatekan guna hiragana n kanji
ok nanti cerita lagi..daa~~


comeback

hye readers semua
xtaw la apa yg busy sgt smpai blog ni kesepian..hehe
*bunyi mcm lonely je*

just nak summarize sket2 spanjang hampir 2 bulan bercuti
firstly, sy balik msia masa summer break 2 minggu hari tu
bukan homesick ya
tapi meraikan kehadiran orang baru dlm family



kak syu, welcome to our family ya^^
congratulation to both of you <25 may 2012>

balik malaysia hari tu pun xde lah bercuti sangat
sebab BUSY..cehh bajet mcm tolong banyak benda je
act kepenatan sebab kena overcome jet-lag and weather malaysia
xpernah2 jet-lag masa gi mana2 dulu, tup2 jadi cmni sebab smpai msia mlm
so lpas tdo lama dlm flight jgnlah tdo lagi lpas landing, confirm jet-lag
tapi sbb dh smpai malam kan..hmm

pastu weather kat msia yg panas dan lembap
(pdahal jordan lagiiii panas, 42C)
tapi panas jordan xberpeluh
kat msia yg lembap myebabkan muka sy gatal2 + selesema yg mlampau
n kmuncaknya masa majlis di pihak kami..
nasib baiklah sembuh b4 majlis..klau x rasa nak pkai topengg

so xde apa yg mnarik mlainkan entry2 basi sahaja
sekarang tgh summer sem
xlama..sebulan setengah je
tapi ade 3 kali exam utk setiap subjek
n silabus lebih kurang cm sem2 biasa yg ade 3-4 bulan
tapi ada lagi 1-2 chapter yg dikeluarkan dari silabus
sungguhlah hectic n thats why x sempat2 update blog

till then~~


notakaki1: menghitung hari bila rumah baru nak siap n boleh pindahh..weee
notakaki2: bulan 7 adalah bulan di mana birthday ramai orang yg berjaya tinggalkan kesan dlm hidup sy..
notakaki3: rindu..

Monday, 14 May 2012

muhasabah pada malam2 exam


Salam semua..

Sekarang berada dalam fatrah final exam..(asyik exam je)
Nak buat camne sebab dah tanggungjawab as a student..MEDICAL STUDENT^^
Bagi saya sem ni agak mencabar..
Alhamdulillah saya telah diuji beberapa kali sepanjang sem ni
Macam2 bentuk ujian yang datang
sama ada saya mampu untuk terima reality,
bangkit dan teruskan melangkah
dan mengawal emosi (ni masih fail..haiyakk)

“ apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami beriman, dan mereka tidak diuji? “ 29:2

……………………………………………………………………………………

Jujur saya cakap, untuk menghadapi final ni saya sangat2 takut
Sebab carry marks saya tak secemerlang sem 1
Sampai mama cakap,    
“ dapat  markah ##  teruk ke? “ 
Saya jawab  
“memang tak teruk, tapi bila dah berada dalam golongan hebat, kita kena seiring dengan dorang”

Tapi saya terlupa orang yang dapat markah lagi rendah dari saya
Orang yang menghitung2 mampu ke mereka lulus dan proceed ke second year
Dan kadang2 termalu sendiri sebab mereka tu lah yang lagi kuat dari saya
Yang banyak bagi semangat kat saya

Antara kata2 mereka,
“ arina, kalau awak kuat, orang2 disekeliling awak akan kuat sama”

Ada juga yang cakap,
 “kalau aku dapat macam ni, bagaimana sahabat-sahabat yang lain. Masihkan ada yang lebih rendah dari aku?”

See ! betapa bersemangat and positive nye mereka
Tapi saya?

Kelakar tak kalau takut tak dapat dean list
Tapi it’s happen to me right now
Manusia memang mudah lupa kan
Kita belajar untuk apa?
Pujian?
 Dean list?
mumtaz?
Naik pentas untuk ambil anugerah?
Saya terkedu bila kawan saya Tanya soalan tu kat saya
Tak pernah terfikir kan..saya cuma jawab,
“untuk kepuasan hati sendiri”
“lepas awak dah puas hati, awak nak buat apa?”
Krik..krik..krik..krik..
Terkedu

Saya tak tahulah sama ada orang lain rasa apa yang saya rasa atau tak
Jadi pelajar cemerlang tak salah..bagus je
Cuma kena betulkan niat kot
Kalau pasal kepuasan hati..
Mungkin kita boleh ubah sikit
Kepuasan hati tu terletak pada usaha yang bersungguh2

Dan sedar atau tak
Ada 4 perkara yang dah ditentukan Allah dan tercatat di luh mahfuz
1-     Ajal
2-    Rezeki
3-     Amalan
4-     Bahagia atau derita                                                (x ingat hadis mana)

Jadinya hasil daripada segala usaha kita bergantung pada kehendak Allah
Kalau Dia nak bagi, dapatlah
Kalau Dia tak bagi, mungkin kita akan dapat yang lagi baik
kalau Dia kata ***** dapat dean list, maka dapatlah ^^

Kadang2 orang salahkan takdir
Kan semua tu dah ditentukan Allah, jadi tak payah lah nak usaha
Ea tak boleh camtu
Sebab kita tak tahu apa yang Allah dan tentukan untuk kita
Mungkin sebab Allah dah tahu kita rajin berusaha dan berserah kepadanya
Maka Dia bagi apa yang kita nak
Dan mungkin juga sebaliknya..Nauzubillah

Jom kawan2 kita tadah tangan ‘
          “ Ya Allah, sesungguhnya kau dah pilih kami ke dalam jalan ini, bidang ini, maka Kau berikanlah kami kekuatan untuk terus melangkah dan berjaya mengharungi pelbagai halangan sehingga ke garisan penamat..ameen..”


Notakaki : done with anatomy..4 papers to go
Notakaki 2: minggu depan je..hye Malaysia^^
Notakaki 3 : sejak blaja embroyology, asyik mimpi budak2 je..huhu..x sabar nak dapat anak sedara kah?








Wednesday, 9 May 2012

antara benua


assalamualaikum readers
last week kitorang buat conversation between iskandarian 0610
rindu sangat sama mereka dehh

dok kat Jordan kira ok lah sebab nak arrange masa dengan dorang pun senang
sebab beza cuma 5 jam je dengan Malaysia
cuma yang x bestnye skype waktu petang Jordan adalah waktu yang sangat2 internet lembab
almaklumlah negara dunia ketiga
so yang banyak cakap adalah mereka dan saya hanya mendengar sahaja sbb x clear..huhu

mula2 kitorang guna skype
let me introduce from left 
Faezy- currently in Beijing taking mandarin language
Syuhada - same with faezy and u know what she is Faezy fiancee..haha
Farhah Nabilah - in Terengganu
Nabilah Aisyah - Intec, going to the Usa this august taking actuarial science
Shafiq - in Korea taking foundation in Korean language soon to be an engineer



then kitorang guna oovoo plak sebab line untuk skype dah x ok
see gambar kat bawah ni pun clear kan
tambah sorang lagi rahman- in al-azhar taking medicine


cuma cakap ada echo sket la
lepas tu semua iskandarian cepat2 download oovoo software supaya boleh join ktorang..haha
rindu korang semua..
nanti lepas raya buat reunion masa faezy ngan syue kahwin..hehehe
daa^^


notakaki 1: dah nak final exam..cuak! perlukan motivator terbaik
notakaki 2: jumpa hobi baru- jadi peminat sophea isabella..haha