CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 1 October 2012

ihsan dalam perbuatan

bismillahirahmanirahim..
baru sahaja selesai baca hadis kedua dari hadis 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi
mengisahkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (ada sedikit berkaitan kiamat)
terlalu panjang untuk dipostkan di sini
sekadar berkongsi  frasa yang menarik perhatian

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ 
“ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

senang cerita,,semua perkara yang kita lakukan mestilah buat bersungguh-sungguh
sebab Allah yang Maha Agung tu tak pernah lepas dari melihat kita
itupun kita masih lagi leka dan tak malu membuat kemungkaran (opss!)

ada orang kaitkan ihsan dalam belajar,,
macam mana tu?
sama je,, kita belajar seolah-olah Allah melihat kita 
kalau dalam kelas mengantuk, kita segan kalau cikgu/pensyarah nampak kita tidur
samalah jugak, lagi2 kita tak dapat nak cover ngantuk dengan Allah
ye, tak dinafikan belajar, cepat bosan, ngantuk, tak fokus, fikiran melayang dan sebagainya
sebab apa?
sebab belajar tu kan ibadah
dah lupa ke yang syaitan berjanji untuk menghasut dan melalaikan umat manusia yang melakukan kebaikan?
jadinya sama-samalah kita muhasabah diri
mungkin boleh menjadi kekuatan untuk terus melawan rasa ngantuk dalam kelas =)

oh ya, ihsan ni boleh dipraktikkan dalam semua perbuatan kita
sebabnya sedikit sebanyak boleh galakkan kita untuk terus ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan



notakaki1 : wahh, dah lama tak update blog, jadinya ayat dah tunggang terbalik..

notakaki2: sekarang tengah mood perbahasan bajet 2013..sementara internet masih laju, bolehlah tengok live

notakaki3: tak terlambat kot nak wish congratulation for both sdar debate team on their achievement in ppm'39..walaupun bm dapat naib johan, tapi u all memang legend,,dah dpt rasa aura korang since ppm '37 lagi..mungkin kita senasib kalah masa final disebabkan benda2 teknikal (legend bahas cakaplah,,xsempat tgok pun)

No comments:

Post a Comment