CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 January 2016

umar series.raheeq makhtum.istiab

alhamdulillah diberi cuti seminggu sempena forensic rotation yang habis awal.
berkira-kira sama ada nak manfaatkan cuti dengan study rotation akan datang (O&G) atau perkara luar bidang iaitu DnT, thaqafah, pengislahan diri dan lain-lain.

Suatu pagi tu masa tengah breakfast, saja scroll youtube untuk cari video yang menarik supaya boleh tonton sepanjang waktu makan.
Oh ye, saya ni jenis yang kena ada proper breakfast
so biasanya akan spend 30mins, macam rugilah kalau tak buat benda lain jugak

Entah macam mana terjumpa UMAR SERIES which pernah popular in August 2013
Sempat tengok beberapa minit, kemudian tertidur, bangun-bangun dah episod 5
Mungkin masa tu dalam keadaan tak begitu menguasai seerah dengan baik, jadi beberapa watak & karakter susah nak teka dan faham

Alhamdulillah, diberi kesempatan kali kedua untuk tengok
Jadi addicted sampai nak marathon tengok setiap episod one after another
Kalau buat kerja lain pun, hati ni tak sabar nak tengok episod seterusnya
Kali ni berazam untuk betul-betul fahamkan seerah
Raheeq Makhtum sebagai peneman di sisi
Serius best sambil belek buku tu terutamanya bila perang, sebab kita akan lebih faham dan kenal siapa watak tu

In a meantime, tengah baca buku istiab. secara kebetulan terjumpa masa tengah kemas buku-buku
mungkin dah 6 bulan usianya di rak buku tapi tak sempat baca
gabungan umar series dan istiab sangat mantap
seolah-olah kita dapat menghayati bagaimana Rasulullah saw dan para sahabat begitu bersungguh-sungguh berdakwah dan sebarkan Islam

Betapa pentingnya pembinaan karakter individu muslim itu supaya dapat menawan hati orang lain untuk memeluk Islam
Sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah akhlak al-Quran
Apabila Islam datang memberi keadilan kepada penduduk makkah di saat mereka berada dalam kezaliman, betapa beruntungnya sesiapa yang memeluk Islam
Tapi apakan daya, hari ini, adakah kita dapat melihat keadilan itu dipraktiskan dengan baik?
Tak payah tunding jari ke arah orang lain mahupun pemimpin
Refleks diri dulu, adakah kita telah berlaku adil terhadap diri sendiri dan orang sekeliling terutamanya jiran, ahli rumah, kawan-kawan

Bagaimana Rasulullah mentarbiyah para sahabat sehingga mereka bersedia untuk diletakkan di mana-mana posisi dan bersungguh-sungguh menyebarkan Islam
Hantarlah mereka ke mana sahaja, mereka mampu menunjukkan akhlak islami dengan baik
Tak mudah larut dan terikut-ikut dengan faktor external
Rela syahid asalkan dapat menyumbang untuk Islam

Tapi kita, baru dapat ancaman sikit, hati dah goyang
padahal fizikal tak tercuit sedikit pun
Bangkitlah Arina, cekalkan hati dan bersemangatlah untuk ikut jejak Rasulullah dan para sahabat
Walaupun tak setanding mereka, tapi at least bila nanti Allah tanya apa kau dah buat untuk Islam, kau ada bukti nak tunjuk pada Allah.

Allahhu,banyak lagi perlu dibaiki, akhlak terutamanya.
Semoga menjadi lebih ikhlas.
Semoga Allah redha.

Jika engkau berada di muka bumi
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu 

No comments:

Post a Comment