CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 2 October 2012

021012

bismillah..
hari ni banyak perkara yang berlaku dalam diri saya as the first time
moga2 banyak pengalaman, banyak iktibar yang diambil

pagi2 lagi dah diuji
pakcik2 driver bas pakat buat mogok taknak buka pintu bas
sebab apa?
ada yang cakap nak naikkan harga tambang dari 35 qirsyh (RM1.60) kepada 40 qirsyh (RM 1.80) sebab harga minyak naik
dan sebagai pelajar tajaan, ramai yang takde masalah sebab cuma selisih 5 qirsyh je,,
" Ala, macam 5 sen je pun beza, lagipun penaja bagi duit untuk gi klas kan"
ada juga khabar angin pasal polis tak bagi lalu jalan yang biasa bas lalu..
macam tak logik pun ada

mogok ni sebenarnya dah mula dari semalam lagi cuma tak ketara sangat
bayangkanlah sampai stesen bas pukul 7.20,, pukul 7.40 baru boleh naik bas
kalau hari biasa tak sampai 5 minit dah boleh gerak gi JUST
mana-mana yang terlewat sikit terpaksalah naik teksi yang tambang 4JD = RM20

hari ni, sampai2 stesen bas tu nampak semua senior patah balik ke jalan besar
tanya-tanya,,
rupanya nak ambil teksi sebab bas taknak buka pintu langsung
dari jauh dah nampak lambakan students tak kiralah arab, melayu, bangsa lain
"kalau semalam, bas buka pintu pun susah nak masuk,,
apatah lagi hari ni yang belum bukak pintu langsung"

cari-cari kawan satu batch untuk kongsi teksi
rasa macam clinical student
sebab
bawak labcoat, naik teksi, turun depan hospital..hehe
alhamdulillah selamat sampai 15 minit sebelum kelas

lepas zohor diuji lagi
on the way nak pergi pathology lab from masjid
tetiba ada angin kencang macam ribut pasir
banyak pasir masuk kasut
mata+hidung+mulut dah cover dengan labcoat sebab taknak masuk pasir
tudung nasib baik tak terbang
badan dah rasa macam hilang berat badan sebab rasa nak melayang..hehe






macam kebakaran pun ada
betapa dahsyat tak dahsyatnya
rasanya ni yang paling teruk sepanjang setahun dok sini
mungkin petanda yang nak tukar musim
yeah, winter is coming~~

bila nak balik rumah,,
nasib baik bas dah ada
pakcik driver mogok sekejap je
tapi tambang memang dah naiklah kepada 40 qirsyh

moga2 esok lebih baik dari hari ni =)



notakaki1 : esok kelas sejam je..pukul 9.30 dah boleh balik

notakaki2 : terkejut dapat berita ayah kepada kawan kat US tu meninggal 7.30mlm waktu malaysia..kami tahu 3 jam lepas tu..he's not my schoolmate tapi kawan masa gi nihong dulu..al-fatihah

Monday 1 October 2012

ihsan dalam perbuatan

bismillahirahmanirahim..
baru sahaja selesai baca hadis kedua dari hadis 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi
mengisahkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (ada sedikit berkaitan kiamat)
terlalu panjang untuk dipostkan di sini
sekadar berkongsi  frasa yang menarik perhatian

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ 
“ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

senang cerita,,semua perkara yang kita lakukan mestilah buat bersungguh-sungguh
sebab Allah yang Maha Agung tu tak pernah lepas dari melihat kita
itupun kita masih lagi leka dan tak malu membuat kemungkaran (opss!)

ada orang kaitkan ihsan dalam belajar,,
macam mana tu?
sama je,, kita belajar seolah-olah Allah melihat kita 
kalau dalam kelas mengantuk, kita segan kalau cikgu/pensyarah nampak kita tidur
samalah jugak, lagi2 kita tak dapat nak cover ngantuk dengan Allah
ye, tak dinafikan belajar, cepat bosan, ngantuk, tak fokus, fikiran melayang dan sebagainya
sebab apa?
sebab belajar tu kan ibadah
dah lupa ke yang syaitan berjanji untuk menghasut dan melalaikan umat manusia yang melakukan kebaikan?
jadinya sama-samalah kita muhasabah diri
mungkin boleh menjadi kekuatan untuk terus melawan rasa ngantuk dalam kelas =)

oh ya, ihsan ni boleh dipraktikkan dalam semua perbuatan kita
sebabnya sedikit sebanyak boleh galakkan kita untuk terus ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan



notakaki1 : wahh, dah lama tak update blog, jadinya ayat dah tunggang terbalik..

notakaki2: sekarang tengah mood perbahasan bajet 2013..sementara internet masih laju, bolehlah tengok live

notakaki3: tak terlambat kot nak wish congratulation for both sdar debate team on their achievement in ppm'39..walaupun bm dapat naib johan, tapi u all memang legend,,dah dpt rasa aura korang since ppm '37 lagi..mungkin kita senasib kalah masa final disebabkan benda2 teknikal (legend bahas cakaplah,,xsempat tgok pun)