CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 9 October 2014

Zulhijjah 1435

Salam zulhijjah..
Jordan awal sehari berbanding Malaysia, jadinya kami beraya sehari awal.Yeah!
Tapi sejak kenal encik T, rasa diri diseru untuk memanfaatkan 10 hari awal.
Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk berpuasa.
Ironinya, hari-hari yang puasa, doktor akan bagi chance untuk duduk, bila hari tak puasa pulak hari tu lah yang doktor suruh diri lama. Alhamdulillah^^

Tahun ni raya lain sikit sebab bersama ahli rumah baru.
Kalau dulu confirm kerja-kerja dekat dapur saya akan incharge, tapi sekarang kerja menghias dan setting tempat pulak. Dah tukar portfolio nampak gayanya.





Raya kedua pula, ada program raya akhawat..best sangat sebab dapat jumpa akhawat untuk seluruh Jordan..tapi tak sempat pun jumpa semua orang sebab ada benda lain nak buat lepas tu..huhu


And dapat anugerah baju paling klasik..baju paling anggun pulak aisyah (my housemate) yang dapat..

sampai junior cakap 'nak masuk rumah akak lah, nanti kita boleh dapat award jugak'


Baju ni baru pakai sekali masa wedding abang which is june 2012..

Then raya ketiga beraya di mu'tah sebab ada program johor..jumpa orang kampung, yeah!



So berakhirlah hari raya selama 4 hari..orang lain dah start kelas, kami je cuti seminggu

P/s: raya haji ni beraya dgn my senior from mesir..

Pss: tak tahu nak pakai apa untuk grand dinner dome sebab semua orang expect saya akan menang lagi..btw pakai simple je kot

Psss: my housemate ada cakap 'arina pergi kelas pakai decent je, pergi event dress up'..part ni sangat malu ok!

Pssss: jom penuhkan buku amal sebelum tahun baru

Saturday 19 July 2014

make up

salam lailatul qadr =)

nak update status takut kena ban
nak cakap dekat orang takut kena bash
semua takut! haish

sekarang ni topik hangat di Irbid adalah cuti.
macam biasa takwim universiti boleh berubah bila-bila masa sama ada atas kehendak universiti atau KPT Jordan.
Isu kali ni adalah bila mana permulaan sem depan diawalkan seminggu daripada takwim.
Berkemungkinan cuti cuma 2 minggu++.
tapi ni pun tak pasti lagi, sebab semua Presiden universiti tengah sibuk mesyuarat dengan KPT.

Ada dua perkara yang saya tak suka dengan sikap pelajar just ni.

1. Tak cukup ready dengan takwim just yang berubah.
Tahun ni permulaan sem diawalkan, tahun lepas dilambatkan seminggu.
Kalau dah beli tiket maknanya kena tukar lah kan kalau taknak ponteng lah.
And of course mereka akan bising dan bagi alasan TIKET DAH BELI
Sebabnya kebanyakan beli tiket yang tarikh return seminggu selepas kelas bermula
So kalau diawalkan bermakna mereka akan ponteng 2 minggu
Ni masalah jugak, macam dah jadi tradisi ponteng seminggu itu tak apa
unless kalau takde tiket, consider lah jugak

Tapi kalau extend cuti macam tahun lepas, still akan tukar tiket jugak dan takde pun sesiapa yang cakap tiket dah beli!
Yelah, siapa taknak rugi dua kali (bayar harga tukar tiket, cuti dipendekkan) luls

Paling terkilan dengan batch sendiri, rasa macam dorang terlalu taksub dengan cuti kali ni
Padahal dari awal tahun lagi dah get ready dengan tarikh tu sebab 4th year akan naik seminggu awal berbanding tahun-tahun lain
Pastu yang beria-ria nak cuti lama ialah orang yang selalu balik, tak paham =(

2. Sanggup buat apa sahaja
Kalau boleh semua exam nak dicepatkan sampai tak sempat nak bernafas
Tahulah satu je subjek 3rd year and the rest are 1st year, tapi still lah kena score jugak
Kena jaga imej pelajar Malaysia dekat pensyarah fakulti lain.

Exam nak cepat still boleh consider lagi
Tapi kalau sanggup buat make up exam  sebab nak balik awal sebelum final exam tu memang saya bangkang!
Memanglah niat tu baik nak spend masa bersama family tapi rasa macam dicemari dengan perbuatan skip exam dengan sengaja
Apatah lagi duit yang korang guna untuk balik tu duit biasiswa,,amanah!

ni quote kawan saya,
'Amanah belajar dan sentimen keluarga'

'Arina cakap senanglah sebab tak balik bulan 8'
Yup sebab saya dah get ready dengan benda-benda macam ni so instead of august I chose june

Dan ada juga yang dengan bangganya cakap cuti 5 minggu, tapi bila sya check calendar 4 minggu je
5 minggu kalau exam berderet dan kita tak consider pelajar fakulti lain, bolehlah dapat.

Mungkin kena muhasabah balik, bila belajar luar negara, jauh dari kampung halaman mahupun keluarga tercinta, kita kena ready dengan perkara-perkara sebegini.
Tak semua benda kita dapat
Tak semua cuti kita boleh balik
Utamakan prioriti kita sebagai pelajar tajaan.
Semoga kita lebih tabah, matang, dan memikirkan perasaan orang lain.

Sorry terlalu beremosi
Selamat hari raya maaf zahir dan batin



Saturday 10 May 2014

travel vs jaulah

kalau tengok tajuk tu rasa macam lebih kurang, perbezaan bahasa je, 
tapi to me they are totally different conceptually
saya ada satu 'problem' yang akan kritikal bermula dari sebulan sebelum cuti semester
kenapa?
sebab masa tu adalah fasa batchmates cakap pasal travel
yeah my batchmates sangat laju bila benda2 macam ni
dan masa ni antara masa yang saya akan teruji dengan 'how i define travel/jaulah?' dan sejauh mana saya akan doubt dengan all the concepts yang saya pernah buat.

definition:
travel : melancong ke tempat-tempat yang kita suka, bergambar di landmark negara tu &penuhkan passport
jaulah : semua definisi travel cuma ada tambahan iaitu mencari ibrah di setiap tempat yang kita pergi dan ada objektif tersendiri (like berazam untuk menjadi lebih baik,mencari semangat yang hilang etc)

nampak tak perbezaannya?
saya ada meletakkan beberapa qarar (peraturan) sekiranya untuk melancong:

1. Taknak ada lelaki as travel/jaulahmate - sebab tak special bila nak travel dgn suami nanti..hehe

2. Taknak pergi Italy and Swiss - sebab nak pergi Venice dgn Swiss dgn ehemm plus Swiss mahal sangat kot..kena kerja dulu

3. Pergi tempat-tempat yang boleh mengesani jiwa dan tak terlalu keduniaan sangat (takpun berpada-pada)

4. Semua travel/jaulahmates kena faham bahawa kita spend duit ni bukan sekadar nak sampai tempat tu je tapi sebab kita nak dapat something yang menjadikan kita lebih baik

5. Preferable setiap kali travel/jaulah dengan orang yang berbeza - supaya lagi ramai orang yang kita lagi kenal

6. Pergi tempat yang ada Malaysian supaya lagi faham kehidupan di situ and economical

btw kenapa saya meletakkan syarat-syarat macam tu?
act ada beberapa quotes dari orang yang membuatkan saya sangat terkesan:

1. 'Arina, kita travel ni guna duit banyak sangat so kalau kita tak dapat something yang bermanfaat tu rugi sangat, so carilah something yang menjadikan diri awak better' -nadnsyi-

2. 'Apa beza antara manusia dan khalifah travel?
Kalau manusia ni bila dah sampai sesuatu tempat,cop passport dan amek gambar dengan landmark, lepastu tunjuk kat orang dan cakap 'oh aku dah sampai di sini etc'. tapi kalau khalifah ni berbeza sikit ..' -Dr. Rayyan-

3. 'As a traveller we should discover something, bukan sekadar pergi tempat yang berjuta orang dah sampai (like museum,disneylands,landmarks etc) tapi pergi tempat yang rare barulah dinamakan traveller, kalau tak itu namanya tourist. Kalau pergi sesuatu bandar pun, stay for a few days untuk kita betul-betul faham bandar tu dan tahu dengan lebih mendalam' -lebih kuranglah mafhumnya dari Paulo Coelho-

4. 'Dah 3 tahun akak duduk Ireland ni akak cuma pergi UK,Jordan,Mesir je sebab akak rasa kalau pergi sesuatu tempat tu tak dapat something, baik stay je dekat sini, dapat jimat duit and mungkin lagi banyak benda Allah nak ajar' -3rd year med student in RCSI-

5. 'Saya peliklah dengan perempuan Malaysia dekat Irbid ni, pergi mana-mana sikit-sikit nak muroqib (ada lelaki yang teman). Kalau awak travel dengan lelaki, sedikit sebanyak perasaan malu awak tu dah kurang tau..kita sebagai perempuan ni ada benda yang kita kena jaga macam nak pergi tandas, tak boleh solat. Semua tu janganlah sampai lelaki tahu' -Sheikhoh Umaimah-

6. 'Kalau kita sekadar pergi sesuatu tempat tu sekadar nak tengok tempat tu macam mana baik tengok dokumentari dalam tv je. Takde beza pun' -Senior dentist, 4th year-

7. 'Bila dah besar nanti pun still nak travel jugak, so let say dah pergi semua tempat sekarang and nak pergi lagi, so apa yang membezakan travel sekarang masa jadi students dengan dah kerja and berkeluarga nanti' -innocent arina when she was 1st year in Jordan-

Nampakkan..sebab kawan-kawan sekeliling saya kebanyakan tak nampak benda macam ni
mungkin ada cuma saya tak tahu
ada jugak yang persoalkan 'ala pergi mana-mana pun still boleh terapkan values tu cuma nak taknak je'
yup..memang betul..tapi sejauh mana kita mampu bertahan dan control excitedness kita?

bila kita bersama orang yang faham kita nak JAULAH
 cara penyusunan tempat pun berbeza
kita letakkan hadaf (objektif) apa yang kita nak capai, baru kita cari tempat yang insyaAllah berpotensi untuk capai hadaf tu
tempat-tempat yang kita nak pergi, kita akan fikir membawa benefits ke tak
seronok sangat bila dapat peluang macam ni sebab kita akan latih diri kita untuk sentiasa positif
even spec patah pun (masa kat London) terus muhasabah diri kena gunakan nikmat mata sebaiknya
bila tengok tasik, rasa bersyukur Allah tundukkan supaya bot boleh lalu dan tak melambung
tengok sungai, patuh,mengalir ke satu arah takdelah nak melawan arus etc

Tidaklah aku melihat sesuatu itu melainkan aku melihat Allah dalam sesuatu itu..”

cantik sangat..lagi best bila dah tengok benda-benda yang duniawi, ada orang neutralkan kita balik
membawa kita kembali ke realiti,sedar apa peranan kita, tujuan hidup kita

kenapa nak pergi tempat yang ada Malaysian?
sebab nak jimat kos..hehe
sebab nak dengar cerita-cerita, struggle mereka untuk menjadi a good Muslim
banyak benda yang boleh kita muhasabah like 'dia duduk Europe kot, boleh je kalau dia nak ... tapi aku duduk Jordan yang ada biah (suasana) Islamik ni why not untuk aku manfaatkan sebaiknya
pernah jugak masa pergi Exeter, England..kebanyakan Bank Negara scholars, memang budak2 yang cream of the cream lah kan, tengok how they struggle, stay back dekat library belajar, bila balik rumah dah boleh buat macam-macam, takpayah study sebab dah cover dekat library (tu antara yang saya cuba apply)

ada beberapa halangan juga:
1. susah nak cari mates sebab mereka banyak nak kejar bilangan negara dan tempat untuk pergi

2. tak semestinya tempat yang kita nak sangat pergi kita dapat pergi sebab besar kemungkinan hadaf yang kita nak capai tu, jalannya bukan kat negara yang kita nak pergi..maybe negara lain..please remember this, Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak

'...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui' 2:216

pernah je mengalami keadaan macam tu masa winter trip '14..nak sangat pergi Spain dgn France tapi disebabkan adalah beberapa masalah tukar ke Ireland and UK..alhamdulillah ala kulli hal..banyak sangat dapat ibrah =)

Jaulahmates Turkey '12

ok, ni baru semua ada

tadabbur (membaca Quran beserta menghayati tafsir) surah an-Nur di Masjid Biru, Turkey
baca ma'thurat dalam tube, London

explorace cari tiket


Jaulahmates UK '13

bahan bacaan semasa transit London-Ireland


Jaulahmates Ireland '14

so readers, how you define travel?