CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 19 July 2014

make up

salam lailatul qadr =)

nak update status takut kena ban
nak cakap dekat orang takut kena bash
semua takut! haish

sekarang ni topik hangat di Irbid adalah cuti.
macam biasa takwim universiti boleh berubah bila-bila masa sama ada atas kehendak universiti atau KPT Jordan.
Isu kali ni adalah bila mana permulaan sem depan diawalkan seminggu daripada takwim.
Berkemungkinan cuti cuma 2 minggu++.
tapi ni pun tak pasti lagi, sebab semua Presiden universiti tengah sibuk mesyuarat dengan KPT.

Ada dua perkara yang saya tak suka dengan sikap pelajar just ni.

1. Tak cukup ready dengan takwim just yang berubah.
Tahun ni permulaan sem diawalkan, tahun lepas dilambatkan seminggu.
Kalau dah beli tiket maknanya kena tukar lah kan kalau taknak ponteng lah.
And of course mereka akan bising dan bagi alasan TIKET DAH BELI
Sebabnya kebanyakan beli tiket yang tarikh return seminggu selepas kelas bermula
So kalau diawalkan bermakna mereka akan ponteng 2 minggu
Ni masalah jugak, macam dah jadi tradisi ponteng seminggu itu tak apa
unless kalau takde tiket, consider lah jugak

Tapi kalau extend cuti macam tahun lepas, still akan tukar tiket jugak dan takde pun sesiapa yang cakap tiket dah beli!
Yelah, siapa taknak rugi dua kali (bayar harga tukar tiket, cuti dipendekkan) luls

Paling terkilan dengan batch sendiri, rasa macam dorang terlalu taksub dengan cuti kali ni
Padahal dari awal tahun lagi dah get ready dengan tarikh tu sebab 4th year akan naik seminggu awal berbanding tahun-tahun lain
Pastu yang beria-ria nak cuti lama ialah orang yang selalu balik, tak paham =(

2. Sanggup buat apa sahaja
Kalau boleh semua exam nak dicepatkan sampai tak sempat nak bernafas
Tahulah satu je subjek 3rd year and the rest are 1st year, tapi still lah kena score jugak
Kena jaga imej pelajar Malaysia dekat pensyarah fakulti lain.

Exam nak cepat still boleh consider lagi
Tapi kalau sanggup buat make up exam  sebab nak balik awal sebelum final exam tu memang saya bangkang!
Memanglah niat tu baik nak spend masa bersama family tapi rasa macam dicemari dengan perbuatan skip exam dengan sengaja
Apatah lagi duit yang korang guna untuk balik tu duit biasiswa,,amanah!

ni quote kawan saya,
'Amanah belajar dan sentimen keluarga'

'Arina cakap senanglah sebab tak balik bulan 8'
Yup sebab saya dah get ready dengan benda-benda macam ni so instead of august I chose june

Dan ada juga yang dengan bangganya cakap cuti 5 minggu, tapi bila sya check calendar 4 minggu je
5 minggu kalau exam berderet dan kita tak consider pelajar fakulti lain, bolehlah dapat.

Mungkin kena muhasabah balik, bila belajar luar negara, jauh dari kampung halaman mahupun keluarga tercinta, kita kena ready dengan perkara-perkara sebegini.
Tak semua benda kita dapat
Tak semua cuti kita boleh balik
Utamakan prioriti kita sebagai pelajar tajaan.
Semoga kita lebih tabah, matang, dan memikirkan perasaan orang lain.

Sorry terlalu beremosi
Selamat hari raya maaf zahir dan batin