CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 14 May 2012

muhasabah pada malam2 exam


Salam semua..

Sekarang berada dalam fatrah final exam..(asyik exam je)
Nak buat camne sebab dah tanggungjawab as a student..MEDICAL STUDENT^^
Bagi saya sem ni agak mencabar..
Alhamdulillah saya telah diuji beberapa kali sepanjang sem ni
Macam2 bentuk ujian yang datang
sama ada saya mampu untuk terima reality,
bangkit dan teruskan melangkah
dan mengawal emosi (ni masih fail..haiyakk)

“ apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami beriman, dan mereka tidak diuji? “ 29:2

……………………………………………………………………………………

Jujur saya cakap, untuk menghadapi final ni saya sangat2 takut
Sebab carry marks saya tak secemerlang sem 1
Sampai mama cakap,    
“ dapat  markah ##  teruk ke? “ 
Saya jawab  
“memang tak teruk, tapi bila dah berada dalam golongan hebat, kita kena seiring dengan dorang”

Tapi saya terlupa orang yang dapat markah lagi rendah dari saya
Orang yang menghitung2 mampu ke mereka lulus dan proceed ke second year
Dan kadang2 termalu sendiri sebab mereka tu lah yang lagi kuat dari saya
Yang banyak bagi semangat kat saya

Antara kata2 mereka,
“ arina, kalau awak kuat, orang2 disekeliling awak akan kuat sama”

Ada juga yang cakap,
 “kalau aku dapat macam ni, bagaimana sahabat-sahabat yang lain. Masihkan ada yang lebih rendah dari aku?”

See ! betapa bersemangat and positive nye mereka
Tapi saya?

Kelakar tak kalau takut tak dapat dean list
Tapi it’s happen to me right now
Manusia memang mudah lupa kan
Kita belajar untuk apa?
Pujian?
 Dean list?
mumtaz?
Naik pentas untuk ambil anugerah?
Saya terkedu bila kawan saya Tanya soalan tu kat saya
Tak pernah terfikir kan..saya cuma jawab,
“untuk kepuasan hati sendiri”
“lepas awak dah puas hati, awak nak buat apa?”
Krik..krik..krik..krik..
Terkedu

Saya tak tahulah sama ada orang lain rasa apa yang saya rasa atau tak
Jadi pelajar cemerlang tak salah..bagus je
Cuma kena betulkan niat kot
Kalau pasal kepuasan hati..
Mungkin kita boleh ubah sikit
Kepuasan hati tu terletak pada usaha yang bersungguh2

Dan sedar atau tak
Ada 4 perkara yang dah ditentukan Allah dan tercatat di luh mahfuz
1-     Ajal
2-    Rezeki
3-     Amalan
4-     Bahagia atau derita                                                (x ingat hadis mana)

Jadinya hasil daripada segala usaha kita bergantung pada kehendak Allah
Kalau Dia nak bagi, dapatlah
Kalau Dia tak bagi, mungkin kita akan dapat yang lagi baik
kalau Dia kata ***** dapat dean list, maka dapatlah ^^

Kadang2 orang salahkan takdir
Kan semua tu dah ditentukan Allah, jadi tak payah lah nak usaha
Ea tak boleh camtu
Sebab kita tak tahu apa yang Allah dan tentukan untuk kita
Mungkin sebab Allah dah tahu kita rajin berusaha dan berserah kepadanya
Maka Dia bagi apa yang kita nak
Dan mungkin juga sebaliknya..Nauzubillah

Jom kawan2 kita tadah tangan ‘
          “ Ya Allah, sesungguhnya kau dah pilih kami ke dalam jalan ini, bidang ini, maka Kau berikanlah kami kekuatan untuk terus melangkah dan berjaya mengharungi pelbagai halangan sehingga ke garisan penamat..ameen..”


Notakaki : done with anatomy..4 papers to go
Notakaki 2: minggu depan je..hye Malaysia^^
Notakaki 3 : sejak blaja embroyology, asyik mimpi budak2 je..huhu..x sabar nak dapat anak sedara kah?








No comments:

Post a Comment