CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 February 2013

uk in memory ; London

sambungan..

sebenarnya flight kami delayed beberapa kali disebabkan snowing di London, so I bet runaway mesti licin dan tak boleh landing safely untuk semua flight..sepatutnya flight pukul 7.45 mlm ditangguh ke pukul 8.45 dan seterusnya 9.45 dan beberapa waktu lagi sampailah kami boarding pukul 11.15mlm..lama kan tunggu, dahlah dalam mindset cakap naik atas flight nak terus tidur sebab pagi tu baru je habis exam genetic..

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan smooth je (rasanya sebab saya tidur..hehe)..bila sampai Gatwick Airport, bermulalah pengembaraan kami berempat sebagai backpackers plus luggage..hehe..kali ni kami ala-ala runningman sikit lah, tapi orang biasa panggil explorace =P

first mission kami adalah mencari tiket train dari gatwick ke city centre..tiket tu ada di antara surah as-saffat, al-ankabut dan an-nur dalam al-quran hitam di prayer room..awesome kan^^
then, kitorang dapat direction melalui message yang kena ambil underground train dari sini ke terminal ni, tukar train dan macam-macam lagilah. yang pasti destinasi kami adalah Langdon Park, dekat zone 2.




aha, bagi yang tak tahu lagi, London ade 9 zones taw. Tak silap, ramai Malaysian students duduk dalam kawasan zone 1,2,3 rasanya lah. Dan universiti macam London School of Economics (LSE) dekat zone 1. Hmm, kalau datang London, belilah travelcard underground yang cover zone 1 and 2, kira oklah sebab semua tempat yang best cam Eye On London, BigBen, Madamme Tussauds London Bridge semua dalam dua zone tu. Harga pun murah dalam 8.80 pound sehari.

Destinasi pertama kami selepas letak barang adalah LSE sebab ikut Kak Fiza pergi kelas, tapi kami tak join masuk kelas pun, sekadar tengok bangunan, bergambar dan pergi souvenir shop. LSE terletak kat tengah-tengah bandar..Korang keluar dari underground, belok kiri, jalan2 sikit, tetiba je dah sampai. Bangunan dia antara bangunan-bangunan kedai-kedai, tapi smartlah dan tengok students kat situ belajar sangat condusive =) nak pergi LSE kena turun dekat Holborn




Next destination, BigBen, Parliament, Eye On London, Madamme Tussauds dan Aquaria. Tapi kat sini kami cuma naik Eye On London je, yang lain-lain tak sempat disebabkan faktor masa =)














Next, Queensway, kat situ adalah kampung melayu. Sangat senanglah untuk nampak muka-muka melayu kat situ sebab ada Malaysian hall dan Malaysian Students Department (MSD). adalah orang cakap, kalau baling batu dekat orang-orang kat Queensway ni, ada je probability untuk dengar orang cakap 'aduh' =)
 kat MSD ni, ada kantin untuk orang melayu dan dikatakan paling murah kalau nak dibandingkan dengan restoran Malaysia dekat London, kami tak makan pun kat situ, beli kuih muih je. bagi saya, takdelah murah sangat tapi oklah kalau nak mengubat rindu terhadap makanan melayu. Lepas tu, kat MSD ni jugak tempat paling best dan selesa untuk solat, kebanyakan Malaysians akan singgah untuk solat ^^




jumpa makcik tu masa solat asar..dia kerja kat KKM..
rasa teruja bila masa salam nak berpisah, dia cakap, "Bakal doktor, kita jumpa di KKM ya ^^ "



paling penting kat Queensway adalah tempat untuk cari souvenir yang best dan harga yang murah. Kalau korang pusing-pusing UK, London je lah tempat paling banyak souvenir dan murah, so belilah banyak-banyak. tapi disebabkan ramai orang selalu ke London, so souvenir dia macam mainstream sikitlah, akan sama je dengan orang lain.

Untuk shopping barang branded, pergilah ke Oxford Street dan Picadilly Street. Kat sini barang memang sales abes, berlambak butik Zara, H&M, Clarks, Primark and to name a few. For those yang suka barang-barang sports like Nike, adidas, BodyGlove dan lain-lain, pergilah ke Sports Direct, ala-ala Al-Ikhsan kat Malaysia, takpun macam Go Sports kat Jordan, tapi lagi banyak choices lah




to be continued..


footnote 1 : spec patah di hari pertama masa baru je nak keluar dari rumah Kak Fiza ke LSE..bayangkan tak sampai 12 jam arrived Lomdon pun lagi..masa tu terpikir, Apa Allah nak tunjuk kat aku? *muhasabah*
footnote2: rasa galat sebab tak sempat met my cousin..huhu..she's studying at LSE
footnote3: suka tengok orang2 London yang ada sense of urgency, rushing masa naik train dan budaya membaca di mana-mana..im so in luv =D

Friday 1 February 2013

uk in memory; prologue

bismillahirahmanirahim
sedikit intro mengenai jaulah ke united kingdom..fyi kami cuma cover england and scotland je, tu pun edinburgh sahaja
saje nak bagi hints sebelum posts selepas ni akan immerse dengan keadaan masa tu (ayat berterabur sebab dah lama tak tulis skema)

1. tawan 9 daerah dalam tempoh 12 hari 
pengembaraan bermula dari london-edinburgh-lake district- manchester - birmingham - bath - exeter - lands end - plymouth - london- jordan

2. new places, new faces
jumpa ramai sangat orang baru yang background berbeza-beza, sangat teruja bila mereka semua tu ada je kaitan dengan kami ala-ala buat jejak kasih. what a small world !

3. debat
ahli jaulah adalah teammates debat permai hari tu. dan berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dalam dunia perdebatan. bezanya mereka hebat dan digilap, saya? sobs

4. reunion
sebaik-baik rancangan, Allah yang terbaik! nak dijadikan ceritakan, terjumpa dengan schoolmates di edinburgh. from tanta, cairo, al-azhar, jordan, dublin, perth,, kami reunite di princes mall. sedikit akward sebab dah lama tak jumpa. btw mereka tu semua school debaters. debat lagi~

5. tears drop
jaulah yang paling mengusik kalbu..*cewahh*..tapi betul je, kerap menitiskan air mata bila teringat moments bersama orang yang baru dikenali..walaupun tak sampai 48 jam kenal beliau, bila berpisah tu rasa macam berpisah dengan orang yang dah lama rapat..sepanjang flight balik ke jordan pun, menitik lagi beberapa kali

6. neutral
sangat beruntung bila ada ahli jaulah yang sentiasa ingatkan hadaf (baca: objektif) berjaulah ini adalah untuk tengok kekuasaan Allah..dah spend banyak sangat dah, rasa tak berbaloilah kalau kita tengok nature dan apa-apa sahaja dengan pandangan yang kosong seperti orang2 yang belum Islam

7. ajk muhasabah
beruntung sangat-sangat, sebab ada yang sudi lend me their ears untuk dengar dan komen apa-apa yang saya rasa sepanjang jaulah. mereka banyak tolong dalam unexpected situation..huhu..terasa diri sebagai adik2 yang suka bercerita apa yang berlaku kat sekolah pagi tadi..haha..yelah semua benda nak cerita bila menjelang malam

8. transport
wahh macam2 jenis transport dapat naik..rasanya semua yang ada kat uk tu kitorang dah pernah naik sepnajang jaulah ni kot..bus, double decker, taxi, train, cruise, kereta, tube (underground, overground, DLR, picadilly line, central, district line, central line, coach bus)..daripada dulu bising cakap ngan mama, nak naik train, terus dapat naik banyak kali and puas sangat siap dapat yang ada meja besar kat depan lagi

9. khatam
alhamdulillah, walaupun banyak dugaan, berjaya juga menghabiskan..mula-mula target boleh habis di hari ketiga di edin, tapi halangan+ujian, malam terakhir di exeter pukul 2 pagi berjaya juga *sujud syukur*

10. semangat baru
sungguh uk ada tarbiyah tersendiri dan sem 2 ni adalah medan untuk apply kesemuanya sedikit demi sedikit..insyaAllah akan diceritakan di akhir-akhir nanti =)






to be continued~