CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 8 January 2013

amanah-sabar-tabah-jujur

salam imtihan (baca: peperiksaan) semua ;)
hari ni saya nak share cerita yang mudah2an memberikan pengajaran pada kita *skema sikit sebab tengah exam*

ada satu hari ni, carbonara pinjam buku dari pakcik pizza sebab kawan dia teringin sangat nak baca buku tu. buku tu buku kesayangan pakcik pizza, tajuknya 'Guiness Book of Records', tajuk pun best so harga dia pun mahal la jugak, tebal pun tebal, adalah dalam 1500m/s dan bersaiz ala-ala A4.

nak dijadikan cerita, kawan carbonara ni, nama dia lasagna,dia yang nak sangat baca buku tu,   tapi dia tak tahu pun yang pakcik pizza ada buku tu. so, mereka baca buku tu bersama-sama. lepas tu, bila dah habis baca, carbonara minta tolong lasagna pulangkan buku dekat pakcik pizza sebabnya rumah lasagna dengan pakcik pizza sebelah-sebelah, jadinya cepatlah proses pemulangan buku tu. kalau nak harapkan si carbonara ni pulangkan, berzamanlah jawabnya, sebabnya rumah carbonara dengan pakcik pizza tu jauhlah jugak dan bukan kawasan yang carbonara selalu pergi. dahlah carbonara ni sibuk dengan macam-macam urusan.

seminggu lepas tu...
pakcik pizza whatsapp carbonara, ' bila nak pulangkan buku pakcik?'...

'sebenarnya saya dah kirim dekat kawan saya,dia duduk sebelah rumah pakcik'

carbonara pun peliklah, takkan lasagna tak bagi-bagi lagi

'eh lasagna, dah bagi pakcik tu belum?'

'eh, sorry2, aku terlupa, nanti lepas breakfast aku bagi'

ingatkan settle,,tup2, lepas seminggu,,

'ingatkan kawan awak ea suruh pulangkan buku pakcik'

makin peliklah si carbonara ni, takkan lupa lagi nak bagi2..rumah dekat je kot, takkanlah susah sangat nak bagi..suatu hari, carbonara jumpa kawan serumah lasagna masa tengah beli ikan kat pasar

' eh, tolong ingatkan lasagna suruh pulangkan buku pakcik pizza ea'

' kau tak tahu lagi ea? lasagna misplaced buku tu, ni dia tengah cari lagi ni, sebab tu dia tak dapat pulangkan'

whattt?? benda besar gedabak macam tu pun boleh misplaced? biar betul budak ni. takkan benda macam tu boleh letak merata-rata

carbonara ni pulak jenis lembut hati. walaupun pakcik pizza tanya banyak kali, dia still tak bagitahu yang buku tu mungkin dah hilang. dia tangguh-tangguh masa untuk bagitahu sampai terlupa pasal kes ni..yelah orang sibuk, macam2 benda kena fikir..lasagna pulak satu hal, bukan nak bagitahu terus dekat carbonara pasal misplaced tu, saja buatkan carbonara tersepit antara dua keadaan

sehinggalah satu hari ni,,
bila mana pakcik pizza dah hilang sabar kot, dia call carbonara banyak kali, dalam 10 kali kot..carbonara tak angkat sebab phone tengah silent dan dia jauh dari phone masa tu..

bila angkat, pakcik pizza nak kan penjelasan kenapa buku kesayangan dia tak sampai2 lagi kat tangan padahal dah berzaman pinjam..

************************************************************************************************************

dalam kes ni siapa yang paling bersalah?

*carbonara*
- dia sepatutnya lebih amanah sebab dia yang jadi peminjam, sepatutnya dia kena pastikan buku tu dipulangkan seperti yang dijanjikan
- jujur dengan pakcik pizza keadaan sebenar, manalah tahu pakcik tu lembut hati kalau cakap awal-awal, bukannya tunggu dia tanya baru cerita
- walaupun payah, tapi dia kena juga sabar dan tabah untuk mengakui tu kesalahan dia walaupun tak sangat sebenarnya =P
- keras hati sikit kot, sebab lembut sangat ni lah orang ambil kesempatan
- kesian carbonara, kepercayaan terhadap dia terhakis

*lasagna*
- walaupun dia bukan peminjam, tapi dia pun telah diberi amanah untuk pulangkan semula..apa salahnya tolong pulangkan sebab baca buku tu pun bersama-sama..kalau tak sempat pulangkan pun lebih baik daripada salah letak sampai tak jumpa..*pelik*
- sayang barang orang macam sayang barang sendiri
- jujur dengan carbonara buku tu misplaced, ni tak, buat carbonara tertanya2 je


fiksyen ini takde kaitan dengan yang hidup atau mati..hanya rekaan untuk pengajaran semua,,




footnote1 : tugas dan tanggungjawab tu laksanakan dengan sempurna sebab orang dah letak kepercayaan atas diri kita..kalau rasa tak mampu tolaklah awal2.senyum.

footnote2: esok salji..insyaAllah..jangkaan sahaja

footnote3: moga diberi kekuatan dan kesabaran. banyak diuji dalam fatrah exam ni..berbaik sangka dengan Allah tu bagus sebab 'Allah tidak akan menguji hambanya sekiranya dia tidak mampu