CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 15 October 2013

salam eid adha

fuh..fuh
setelah sekian lama akhirnya paksakan diri untuk menulis something..
rentetan daripada permintaan beberapa orang terdekat dan setelah membaca satu quote dari APG berbunyi begini,,
'Tarbiyah yang mantap dan benar-benar tersusun sepatutnya berupaya untuk meningkatkan kapasiti seseorang' tertampar kejap..heh!

tahun ni tahun ketiga beraya aidiladha dan dah 4 kali raya di perantauan
perkara paling dirindui selain dari family dan makanan adalah solat sunat raya
kenapa?
sebab solat kat sini awal sangat dan selalu terkejar-kejar nak pergi masjid
berbeza dengan Malaysia mula pukul 8.30 pagi
selalu asyik jadi makmum masbuk je..malu!

rindu nak dengar suara ayah cakap 'cepat siap, nak pergi masjid pukul 7.30..boleh takbir lama sikit'
rindu nak berebut bilik air sebab semua orang nak mandi sunat dan taknak jadi orang terakhir siap
rindu nak salam mama di sebelah kanan dan kakak di sebelah kiri lepas habis khutbah raya
rindu nak lumba lari dengan abang lepas hantar makanan kat rumah jiran
semuanya tinggal kenangan
few years more untuk merasai semula kemanisan tu tapi semestinya takkan sama macam dulu

ok..lupakan kesedihan,
kita bercakap benda ilmiah sikit..cehh
pasal khutbah
selalunya perempuan terlepas pandang adab-adab mendengar khutbah..
almaklumlah jarang solat jumaat..

"Mendengar khutbah adalah sunat. Khutbah dan begitu juga mendengar khutbah bukanlah syarat bagi sahnya solat hari raya. Namun begitu, jika seseorang (yang menghadiri solat hari raya) tidak mendengar khutbah hari raya atau bercakap-cakap ketika khutbah disampaikan atau meninggalkan majlis tanpa menunggu khutbah, maka hukumnya adalah makruh"

itulah point yang nak ditekankan
tadi nak tegur tapi kalau cakap kurang pahala pulak
nak buat isyarat tangan jauh sangat
semua itu alasan!

'berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran'

satu lagi..biasanya akan ada 2 khutbah dan di antara dua tu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa
tapi tadi ramai  yang tak manfaatkan nak sibuk bercakap-cakap..sedih!
insyaAllah raya akan datang saling mengingatkan ye!

Selamat hari raya^^



# tahun ni lupa nak tengok pokok-pokok sebelum dan selepas raya..
ayah cakap sebelum solat takde angin, suasana tenang, pokok tak bergoyang..seolah-olah sedang bertafakur
selepas solat baru ada angin dan pokok mula bergoyang sikit..wallahualam
kena tunggu tahun depanlah kalau nak tengok