CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 31 December 2012

flashback 2012^^

bismillah..
2012 sudah melabuhkan tirainya
banyak kenangan suka duka pahit manis pengajaran yang diperoleh sepanjang tahun
dan dah nak akhir2 ni baru check balik azam 2012
tercapai ke x?
pastu sibuk2 nak realisasikannya which is impossible la kan

kalau nak tahu azam 2012

1. tak tercapai..huhu..takpelah Allah nak suruh berusaha lebih lagi..fighting!!

2. in progress, sebab asyik bergaul dengan orang melayu je..tapi kalau cakap dengan orang arab still cakap English..=_=

3. alhamdulillah tertunai juga hasrat beli dslr sendiri..makin semangat nak belajar sebab ada orang baru je bagi tutorial free..xsabar nak amek gambar scenery masa winter break nanti

4. xcapai pun amount tu tapi still adalah sikit..takpe yang penting maintain setiap tahun =)

5. dah improve sikit cuma tak istiqamah je..perlu berusaha kuat

6. hah, kan berazam dapat jadi finalis je so jadi finalis je lah..cuba kalau berazam nak piala, kan dapat..hehe..takdelah semua tu kan dah ditentukan..walaupun rasa terkilan tu sampai sekarang T.T

flashbacks

1. trip to turkey + first time jumpa snow
alhamdulillah Allah izin untuk pergi ke bumi kegemilangan Islam
kat situ juga berpeluang jumpa salji dan main ski for 6 hours non stop..
firt time jugak jejak tanah Eropah

2. debat piala presiden permai
dapat naib johan je..alhamdulillah
banyak perkara baru yang saya belajar esp TAMAYYUZ
banyak benda perlu improve esp critical thinking, time, intonation, emotion, knowledge
chaiyokk..kalau ada debat mpmmj panggil saya..heh

3. first time celebrate birthday di oversea
masa ni sangat terharu sebab ramai orang sudi raikan birthday saya
kek coklat-bluberry cheese cake 2 - oreocheesecake-puding-nasi kerabu-carbonara etc
mereka sangat awesome and i love them all~

4. ahli baru dalam family
yang ni paling excited sebab dapat kakak baru..hehe
tapi sayang tak sempat tengok nikah sebab saya di Bangkok ketika itu
tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar

5. individual trip
yang ni paling challenging sebab tak pernah buat
nasib baik ada pengalaman yang berkaitan
within 3 days,
queen alia int. airport >> cairo airport >> bangkok airport >> klia >> lcct >> kuching >> senai >> home sweet home =)
ni masa balik bulan 6, dan semua ticket sponsored by my sis..thankyouu.=)

6. jejak negara
jordan/singapore - of course la kan
mesir -  untuk transit
oman- transit
bangkok - transit jugak
turki - winter break

7. kelas Jepun
best sangat sebab dapat recall vocabs yang dah belajar dulu
ala-ala 2nd teacher kat dalam kelas tu sebab basic dalam tangan..hehe
terubat rindu terhadap Tokyo&Hokkaido

8. Belajar untuk menerima
ni dugaan disaat tak capai target untk sem 2
belajar berbaik sangka dengan Allah
keputusan peperiksaan semuanya dah ditentukan, kita hanyalah watak yang disediakan
sebab Allah dah tahu usaha kita macamana
tapi jangan salah sangka sebab Allah sentiasa berikan yang terbaik dan ada hikmah disebaliknya

9. jadi imam untuk mama solat tarawih
ni pun antara benda yang best bagi saya sebab selama ni asyik pentingkan diri je
bagi saya solat tarawih tu di masjid dan tak umphh kalau buat kat rumah
tapi this year sebab saya xnak mama terlepas solat tarawih, so kami buat sama2
terasa kemanisan di situ =)

10. menjaga hati
saya kira dugaan yang paling hebat sepanjang sem 1, tahun dua ni
sebab perlu berlawan dengan diri sendiri..
dan semakin menjauhi, semakin dekat pula muamalat antara kami
he doesnt do anything but i learn something
Ya Allah peliharalah hati ini dan simpanlah rasa ini sehingga tiba masa yang tepat..aminn


bye2 tahun 2012,
tahun yang banyak mematangkan diri saya^^



Saturday 29 December 2012

fuh..fuh..fuh..
dah makin tebal habuknye..hehe
ok cerita ni pun dh almost basi tapi nak update jugak
sebabnya sangat best n awesome(xpernah terfikir my batch akan buat mcmni)
recently, we had so-called mini election to appoint new leaders 
at first, i thought it gonna be typical election like what we had before,
announce candidates' names, and waiting for the election day and so on

but..we have political party..awww


ni OCTET
hasil gabungan 8 orang
mula2 namanya JUM (jangan undi mereka)
tetiba mereka bubarkan dan tubuhkan party baru..ni party medic


 next, RATU
party yg last sekali ditubuhkan
akhawat medic jugak kesemuanya



yes, ni my favourite poster
DATIN
sebab saya kan suka benda yang mewah2 ni..so that's why suka party ni
hahha =)
tapi kesemuanya akhawat dentistry





ni pulak GSU
dan kesemuanya syabab dentistry yang sememangnya saya tak berapa mengenali mereka



lastly,,my favourite party..taraa
SENTAP
why? sebab dorang ada karisma tersendiri dan memperjuangkan misi tertentu
ok mungkin saya agak bias sedikit..tapi entahlah
oh ye party ni gabung syabab akhawat tapi dorang tak sempat nak buat poster kot
sebab kebanyakan mereka aktif dengan persatuan
tapi agak kecewa lah jugak sebab poster dorang biasa2



nampak tak si sweater hijau di belakang..penyokong tegar SENTAP
dan lelaki di tengah itu adalah calon oresiden pilihan ramai
fighting!

tapi ada jugak, party yang mengkritik SPR iaitu DOMEDETTA


ok seriously agak bosan sbb nak cepat,,
will update soon
malam ni tahu keputusannya..x sabar
hope my 1st choice going to be the chosen one
siapa?
jumpa saya untuk tahu~



footnote1 : final exam sudah bermula,,fighting
footnote2: menghitung hari sebelum bergelar gadis belasan tahun
footnote3: bantulah saya untuk menjaga hati

Tuesday 2 October 2012

021012

bismillah..
hari ni banyak perkara yang berlaku dalam diri saya as the first time
moga2 banyak pengalaman, banyak iktibar yang diambil

pagi2 lagi dah diuji
pakcik2 driver bas pakat buat mogok taknak buka pintu bas
sebab apa?
ada yang cakap nak naikkan harga tambang dari 35 qirsyh (RM1.60) kepada 40 qirsyh (RM 1.80) sebab harga minyak naik
dan sebagai pelajar tajaan, ramai yang takde masalah sebab cuma selisih 5 qirsyh je,,
" Ala, macam 5 sen je pun beza, lagipun penaja bagi duit untuk gi klas kan"
ada juga khabar angin pasal polis tak bagi lalu jalan yang biasa bas lalu..
macam tak logik pun ada

mogok ni sebenarnya dah mula dari semalam lagi cuma tak ketara sangat
bayangkanlah sampai stesen bas pukul 7.20,, pukul 7.40 baru boleh naik bas
kalau hari biasa tak sampai 5 minit dah boleh gerak gi JUST
mana-mana yang terlewat sikit terpaksalah naik teksi yang tambang 4JD = RM20

hari ni, sampai2 stesen bas tu nampak semua senior patah balik ke jalan besar
tanya-tanya,,
rupanya nak ambil teksi sebab bas taknak buka pintu langsung
dari jauh dah nampak lambakan students tak kiralah arab, melayu, bangsa lain
"kalau semalam, bas buka pintu pun susah nak masuk,,
apatah lagi hari ni yang belum bukak pintu langsung"

cari-cari kawan satu batch untuk kongsi teksi
rasa macam clinical student
sebab
bawak labcoat, naik teksi, turun depan hospital..hehe
alhamdulillah selamat sampai 15 minit sebelum kelas

lepas zohor diuji lagi
on the way nak pergi pathology lab from masjid
tetiba ada angin kencang macam ribut pasir
banyak pasir masuk kasut
mata+hidung+mulut dah cover dengan labcoat sebab taknak masuk pasir
tudung nasib baik tak terbang
badan dah rasa macam hilang berat badan sebab rasa nak melayang..hehe






macam kebakaran pun ada
betapa dahsyat tak dahsyatnya
rasanya ni yang paling teruk sepanjang setahun dok sini
mungkin petanda yang nak tukar musim
yeah, winter is coming~~

bila nak balik rumah,,
nasib baik bas dah ada
pakcik driver mogok sekejap je
tapi tambang memang dah naiklah kepada 40 qirsyh

moga2 esok lebih baik dari hari ni =)



notakaki1 : esok kelas sejam je..pukul 9.30 dah boleh balik

notakaki2 : terkejut dapat berita ayah kepada kawan kat US tu meninggal 7.30mlm waktu malaysia..kami tahu 3 jam lepas tu..he's not my schoolmate tapi kawan masa gi nihong dulu..al-fatihah

Monday 1 October 2012

ihsan dalam perbuatan

bismillahirahmanirahim..
baru sahaja selesai baca hadis kedua dari hadis 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi
mengisahkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (ada sedikit berkaitan kiamat)
terlalu panjang untuk dipostkan di sini
sekadar berkongsi  frasa yang menarik perhatian

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ 
“ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

senang cerita,,semua perkara yang kita lakukan mestilah buat bersungguh-sungguh
sebab Allah yang Maha Agung tu tak pernah lepas dari melihat kita
itupun kita masih lagi leka dan tak malu membuat kemungkaran (opss!)

ada orang kaitkan ihsan dalam belajar,,
macam mana tu?
sama je,, kita belajar seolah-olah Allah melihat kita 
kalau dalam kelas mengantuk, kita segan kalau cikgu/pensyarah nampak kita tidur
samalah jugak, lagi2 kita tak dapat nak cover ngantuk dengan Allah
ye, tak dinafikan belajar, cepat bosan, ngantuk, tak fokus, fikiran melayang dan sebagainya
sebab apa?
sebab belajar tu kan ibadah
dah lupa ke yang syaitan berjanji untuk menghasut dan melalaikan umat manusia yang melakukan kebaikan?
jadinya sama-samalah kita muhasabah diri
mungkin boleh menjadi kekuatan untuk terus melawan rasa ngantuk dalam kelas =)

oh ya, ihsan ni boleh dipraktikkan dalam semua perbuatan kita
sebabnya sedikit sebanyak boleh galakkan kita untuk terus ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan



notakaki1 : wahh, dah lama tak update blog, jadinya ayat dah tunggang terbalik..

notakaki2: sekarang tengah mood perbahasan bajet 2013..sementara internet masih laju, bolehlah tengok live

notakaki3: tak terlambat kot nak wish congratulation for both sdar debate team on their achievement in ppm'39..walaupun bm dapat naib johan, tapi u all memang legend,,dah dpt rasa aura korang since ppm '37 lagi..mungkin kita senasib kalah masa final disebabkan benda2 teknikal (legend bahas cakaplah,,xsempat tgok pun)

Thursday 26 July 2012

ramadhan 1433

bismillah
mungkin tak terlalu lambat utk ucap salam ramadhan
kalau kat malaysia start puasa hari sabtu hari tu,
dekat Jordan dah start since jumaat
so kami yang akan balik malaysia ni akan puasa extra sehari..yeah^^
memang agak kalut sikit sebab semua orang expect hari sabtu
tetibe dh nak maghrib hari khamis tu, kat tv announce esok puasa, so malam ni start tarawih
so semua program tangguh serta merta untuk bagi laluan kepada tarawih

biasanya ada macam2 ucapan untuk ramadhan kan

ramadhan kareem
jawab : Allahu akram
sebab apa?
kita cakap ramadhan yang mulia, so kita kena kembalikan kemuliaan tu pada Allah, 
dengan menyebut Allah yang palingg muliaa

ramadhan mubarak
jawab: Allah yubarik alaik
semoga Allah memberi keberkatan keatas kamu

p/s : tapi sekarang mcm orang dh jarang sebut ramadhan mubarak, sbb phobia kot..oppss


^_^


Saturday 14 July 2012

spontaneous saturday..hehe


tajuk cm gempak giler je
kalau dah tahu, tahulah 
just nak share lately saya berjaya keep in touch with my family in japan^^
takdelah berjaya sgt sbb bukan saya yg contact
my sis (3rd from left) yg add me kat fb
and currently we have communication problem because she cant understand english 
and my japanese become worse as i didnt practise it about 3 years..huhu
nasib baik ada senior kat yamaguchi tolong translatekan guna hiragana n kanji
ok nanti cerita lagi..daa~~


comeback

hye readers semua
xtaw la apa yg busy sgt smpai blog ni kesepian..hehe
*bunyi mcm lonely je*

just nak summarize sket2 spanjang hampir 2 bulan bercuti
firstly, sy balik msia masa summer break 2 minggu hari tu
bukan homesick ya
tapi meraikan kehadiran orang baru dlm family



kak syu, welcome to our family ya^^
congratulation to both of you <25 may 2012>

balik malaysia hari tu pun xde lah bercuti sangat
sebab BUSY..cehh bajet mcm tolong banyak benda je
act kepenatan sebab kena overcome jet-lag and weather malaysia
xpernah2 jet-lag masa gi mana2 dulu, tup2 jadi cmni sebab smpai msia mlm
so lpas tdo lama dlm flight jgnlah tdo lagi lpas landing, confirm jet-lag
tapi sbb dh smpai malam kan..hmm

pastu weather kat msia yg panas dan lembap
(pdahal jordan lagiiii panas, 42C)
tapi panas jordan xberpeluh
kat msia yg lembap myebabkan muka sy gatal2 + selesema yg mlampau
n kmuncaknya masa majlis di pihak kami..
nasib baiklah sembuh b4 majlis..klau x rasa nak pkai topengg

so xde apa yg mnarik mlainkan entry2 basi sahaja
sekarang tgh summer sem
xlama..sebulan setengah je
tapi ade 3 kali exam utk setiap subjek
n silabus lebih kurang cm sem2 biasa yg ade 3-4 bulan
tapi ada lagi 1-2 chapter yg dikeluarkan dari silabus
sungguhlah hectic n thats why x sempat2 update blog

till then~~


notakaki1: menghitung hari bila rumah baru nak siap n boleh pindahh..weee
notakaki2: bulan 7 adalah bulan di mana birthday ramai orang yg berjaya tinggalkan kesan dlm hidup sy..
notakaki3: rindu..

Monday 14 May 2012

muhasabah pada malam2 exam


Salam semua..

Sekarang berada dalam fatrah final exam..(asyik exam je)
Nak buat camne sebab dah tanggungjawab as a student..MEDICAL STUDENT^^
Bagi saya sem ni agak mencabar..
Alhamdulillah saya telah diuji beberapa kali sepanjang sem ni
Macam2 bentuk ujian yang datang
sama ada saya mampu untuk terima reality,
bangkit dan teruskan melangkah
dan mengawal emosi (ni masih fail..haiyakk)

“ apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami beriman, dan mereka tidak diuji? “ 29:2

……………………………………………………………………………………

Jujur saya cakap, untuk menghadapi final ni saya sangat2 takut
Sebab carry marks saya tak secemerlang sem 1
Sampai mama cakap,    
“ dapat  markah ##  teruk ke? “ 
Saya jawab  
“memang tak teruk, tapi bila dah berada dalam golongan hebat, kita kena seiring dengan dorang”

Tapi saya terlupa orang yang dapat markah lagi rendah dari saya
Orang yang menghitung2 mampu ke mereka lulus dan proceed ke second year
Dan kadang2 termalu sendiri sebab mereka tu lah yang lagi kuat dari saya
Yang banyak bagi semangat kat saya

Antara kata2 mereka,
“ arina, kalau awak kuat, orang2 disekeliling awak akan kuat sama”

Ada juga yang cakap,
 “kalau aku dapat macam ni, bagaimana sahabat-sahabat yang lain. Masihkan ada yang lebih rendah dari aku?”

See ! betapa bersemangat and positive nye mereka
Tapi saya?

Kelakar tak kalau takut tak dapat dean list
Tapi it’s happen to me right now
Manusia memang mudah lupa kan
Kita belajar untuk apa?
Pujian?
 Dean list?
mumtaz?
Naik pentas untuk ambil anugerah?
Saya terkedu bila kawan saya Tanya soalan tu kat saya
Tak pernah terfikir kan..saya cuma jawab,
“untuk kepuasan hati sendiri”
“lepas awak dah puas hati, awak nak buat apa?”
Krik..krik..krik..krik..
Terkedu

Saya tak tahulah sama ada orang lain rasa apa yang saya rasa atau tak
Jadi pelajar cemerlang tak salah..bagus je
Cuma kena betulkan niat kot
Kalau pasal kepuasan hati..
Mungkin kita boleh ubah sikit
Kepuasan hati tu terletak pada usaha yang bersungguh2

Dan sedar atau tak
Ada 4 perkara yang dah ditentukan Allah dan tercatat di luh mahfuz
1-     Ajal
2-    Rezeki
3-     Amalan
4-     Bahagia atau derita                                                (x ingat hadis mana)

Jadinya hasil daripada segala usaha kita bergantung pada kehendak Allah
Kalau Dia nak bagi, dapatlah
Kalau Dia tak bagi, mungkin kita akan dapat yang lagi baik
kalau Dia kata ***** dapat dean list, maka dapatlah ^^

Kadang2 orang salahkan takdir
Kan semua tu dah ditentukan Allah, jadi tak payah lah nak usaha
Ea tak boleh camtu
Sebab kita tak tahu apa yang Allah dan tentukan untuk kita
Mungkin sebab Allah dah tahu kita rajin berusaha dan berserah kepadanya
Maka Dia bagi apa yang kita nak
Dan mungkin juga sebaliknya..Nauzubillah

Jom kawan2 kita tadah tangan ‘
          “ Ya Allah, sesungguhnya kau dah pilih kami ke dalam jalan ini, bidang ini, maka Kau berikanlah kami kekuatan untuk terus melangkah dan berjaya mengharungi pelbagai halangan sehingga ke garisan penamat..ameen..”


Notakaki : done with anatomy..4 papers to go
Notakaki 2: minggu depan je..hye Malaysia^^
Notakaki 3 : sejak blaja embroyology, asyik mimpi budak2 je..huhu..x sabar nak dapat anak sedara kah?








Wednesday 9 May 2012

antara benua


assalamualaikum readers
last week kitorang buat conversation between iskandarian 0610
rindu sangat sama mereka dehh

dok kat Jordan kira ok lah sebab nak arrange masa dengan dorang pun senang
sebab beza cuma 5 jam je dengan Malaysia
cuma yang x bestnye skype waktu petang Jordan adalah waktu yang sangat2 internet lembab
almaklumlah negara dunia ketiga
so yang banyak cakap adalah mereka dan saya hanya mendengar sahaja sbb x clear..huhu

mula2 kitorang guna skype
let me introduce from left 
Faezy- currently in Beijing taking mandarin language
Syuhada - same with faezy and u know what she is Faezy fiancee..haha
Farhah Nabilah - in Terengganu
Nabilah Aisyah - Intec, going to the Usa this august taking actuarial science
Shafiq - in Korea taking foundation in Korean language soon to be an engineer



then kitorang guna oovoo plak sebab line untuk skype dah x ok
see gambar kat bawah ni pun clear kan
tambah sorang lagi rahman- in al-azhar taking medicine


cuma cakap ada echo sket la
lepas tu semua iskandarian cepat2 download oovoo software supaya boleh join ktorang..haha
rindu korang semua..
nanti lepas raya buat reunion masa faezy ngan syue kahwin..hehehe
daa^^


notakaki 1: dah nak final exam..cuak! perlukan motivator terbaik
notakaki 2: jumpa hobi baru- jadi peminat sophea isabella..haha

Saturday 28 April 2012

im 19 already

salam semua..
entry ni agak basi jugak sebab dh lmbat 7 hari..hehe

first of all terima kasih bangat kepada sesiapa yang wish n doakan saya
sesiapa yang x berbuat demikian saya mrajuk..hehe
and sangat2 terharu kepada sesiapa yang dah bertungkus lumus masak+arrange surprise+beli kek+beli hadiah untuk saya
thanks so much..i do appreciate them ^-^

yang paling teruja bila ada sahabat buat birthday dedication via their blogs
suka sangat..rasa glamor..hoho
meah blogwalking kat blog dorang jap safwah and nadiyah =)
sweet kan dorang..dahla dua2 tu sama minat yang sama dengan saya = debate

and tak dilupakan ada orang US call..
walaupun lambat still rasa happy sebab kitorang bergayut almost 3 hours kot
hehe..dahsyat kan
tapi mostly orang US memang wish lambatlah..geram..

alhamdulillah, cara saya sambut birthday tahun ni agak berbeza dengan tahun2 sebelum ni..
mungkin sebab effect tamayyuz- kelainan disebabkan tarbiyah
kalau dulu kita mesti tertunggu2 hari tu
dan bila tiba harinya kita akan menantikan orang wish and celebrate untuk kita
bila dah habis rasa macam tak puas dan tak bestnya dah habis birthday


tapi kali n berbeza
saya tak tertunggu2-mungkin sebab fatrah peperiksaan
dan membuat persediaan untuk mencapai target sebelum19 tahun (faham ke?)
bila habis, rasa semua itu satu permulaan yang baru buat saya
sebabnya, 'apa yang saya dah membesar selama 19 tahun saya hidup'
dari segi ibadah,ilmu,peribadi,akhlak,kemahiran etc


dan yang membuatkan rasa lain bagi tahun ni
saya terpikir
pada hari ni 19 tahun dulu
mama saya bertarung nyawa untuk lahirkan saya
sepatutnya dia yang dapat penghargaan lebih dari saya
love you mom ^^ 





ni hadiah birthday dari bulatan gembira saya
namanya ulyn nuha..hehe
dan alhamdulillah dapat bagi hadiah untuk diri sendiri
setelah sekian lama tak berbuat demikian
rasanya kali terakhir masa 14th birthday..




daa~~





Friday 20 April 2012

mens and women are different

'act kindly towards women, for woman is created from a rib and the most crooked part of the rib is its top. if you attempt to straighten it, you will break it and if you leave it, its crookened will remain there, so act kindly towards women^^'

ada sesetengah negara menganggap lelaki dan perempuan ni sama dari aspek fizikal, mental dan syariat 
sebab tu kedua2 jantina ni dilayan sama rata dan tak ada keistimewaan yang ketara mengikut jantina masing2

contohnya di Malaysia,
kalau naik bas, siapa cepat dialah yang dapat duduk
kalau lambat berdiri..tak kisahlah lelaki atau perempuan
kita cuma ada coach wanita je..tu pun ada je lelaki yg sesat

berbeza dengan Jordan dan kebanyakan negara arab,
perempuan tak boleh berdiri langsung
kalau dah tak ada tempat duduk, ada dua pilihan
1) lelaki kena diri dan bagi tempat duduk
2) perempuan tu kena share dengan perempuan lain

contoh lain,
kalau kat malaysia,
peremuan macam banyak kerja kan
dialah yang kena kemas rumah, beli barang, hantar anak pergi sekolah etc
kalau berkerjaya lagi2 doktor yg melambak oncall lagi la kan

tapi kalau kat Jordan,
perempuan buat kerja dia je lah..banyak relax
lelaki yang kena buat semua tu..
menarik kan..boleh jadi queen control la cmni..hehe

sekadar perkongsian sedikit,

otak lelaki 10% besar saiznya dan 13% larger neuronal density
SEPATUTNYA mereka lebih bijak dari kita 
mereka juga ada 6.5x banyak gray matter untuk process+intelligent
mereka juga x boleh buat kerja dalam satu masa..hehe

manakala otak perempuan pula, neuron don't be lateralized..merata2
sebab tu la perempuan ni multi-tasking..
sambil lipat baju jawab telefon..sambil masak nyanyi..ehh =P
pastu lagi banyak white matter for good networking..pikir macam2
sebab tu masa dengar lecture dok pikir nak masak apa balik ni, nak pakai baju apa esok etc..hehe

dan mengkut kajian 
lelaki yang ada IQ 155 sebanyak 2 kali ganda berbanding perempuan
manakala IQ 125 (kategori genius) sebanyak 5.5 orang lelaki untuk setiap perempuan
tapi jangan berputus asa, kita mampu mengubahnya

lelaki juga ada kepakaran dalam bidang mathematics , calculation, engineering, motor blablabla
dan mereka juga sangat fokus dalam sesuatu pekerjaan
(kalau perempuan kadang2 tembus ntah mana2)

lelaki juga kebiasaannya short term memory
bebanding perempuan yang long term memory,
tapi sayang tendency kami untuk selalu mengingat kisah2 silam yang sedih dan nostalgia tu amatlah tinggi
(1st love segala lah..haha)

perempuan juga terlalu emotional dan selalu depress
sebab apa?
dalam badan/otak kita ada sejenis hormone yang dinamakan serotonin- berfungsi untuk memberikan rasa gembira
tapi sayangnya sikit sangat serotonin dalam badan perempuan
sebab tu la selalu moody, PMS la

lelaki plak ada 55% serotonin lebih dari perempuan
pastu kan kalau tak cukup dorang siap boleh produce lagi
x macam perempuan yang x boleh produce langsung
that's why la lelaki lagi happy go lucky
kalau result tak ok cool je..hampeh

perempuan juga dari segi verbal,
20-25% kerap bercakap berbanding lelaki
so jangan salahkan kalau kitorang membebel..hehe

fakta lain..
jari telunjuk perempuan lagi panjang berbanding jari manis
tapi vice versa bagi lelaki

perempuan ada large kidney, liver, appendix and stomach dari lelaki
padan r kuat makan..haha
tapi perempuan ada 20% kurang red blood cell
heart beat pun faster
dan ada small lung- sebab tu perempuan tak boleh rokok sebab sangat sensitif dengan carcinogen..dan tendency untuk dapat lung cancer sangat2 tinggi
perempuan juga ada 5-10 tahun panjang umur 
dan 80% osteoporosis dihidapi oleh perempuan
sebab apa?
kurang calcium lebih2 lagi selepas bersalin
oleh itu minumlah anlene..tetibe..hehe

lelaki pulak ada 25-30% greater lung capacity
sebab tu la kebanyakan mereka good swimmers
mereka juga ada 50% mass muscle than women-untuk menjadi lebih tough

lagi satu, jihad adalah wajib bagi lelaki dan tidak bagi perempuan
sebabnya kalau askar tu injured masa perang, mestilah kawan dia akan papah balik kem untuk rawat kan
buatnya yang sakit tu lelaki dan yang sihat ada kat situ perempuan
manalah larat untuk papah lelaki yang ada 50% mass muscle tu
kang terkedek2 terus kena tembak dua2 sekali
sebab lain plak, kalau semua wanita pergi dan syahid, 
siapa yang akan mengandung dan melahirkan generasi akan datang?
tepuk dada tanya minda..heh

ni ada fakta best


ala, bukan apa
kitorang nak survey kedai mana yang murah, design cantik, berkualiti
lagipun kalau kitorang tak spend duit, 
peniaga tak untunglah..siapa je nak beli barang dorang..kan kan


adios~~


notakaki 1: baru lepas tengok planet saturn,venus and mars..alhamdulillah

notakaki 2 : counting days to turn 19..hehe