CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 31 December 2012

flashback 2012^^

bismillah..
2012 sudah melabuhkan tirainya
banyak kenangan suka duka pahit manis pengajaran yang diperoleh sepanjang tahun
dan dah nak akhir2 ni baru check balik azam 2012
tercapai ke x?
pastu sibuk2 nak realisasikannya which is impossible la kan

kalau nak tahu azam 2012

1. tak tercapai..huhu..takpelah Allah nak suruh berusaha lebih lagi..fighting!!

2. in progress, sebab asyik bergaul dengan orang melayu je..tapi kalau cakap dengan orang arab still cakap English..=_=

3. alhamdulillah tertunai juga hasrat beli dslr sendiri..makin semangat nak belajar sebab ada orang baru je bagi tutorial free..xsabar nak amek gambar scenery masa winter break nanti

4. xcapai pun amount tu tapi still adalah sikit..takpe yang penting maintain setiap tahun =)

5. dah improve sikit cuma tak istiqamah je..perlu berusaha kuat

6. hah, kan berazam dapat jadi finalis je so jadi finalis je lah..cuba kalau berazam nak piala, kan dapat..hehe..takdelah semua tu kan dah ditentukan..walaupun rasa terkilan tu sampai sekarang T.T

flashbacks

1. trip to turkey + first time jumpa snow
alhamdulillah Allah izin untuk pergi ke bumi kegemilangan Islam
kat situ juga berpeluang jumpa salji dan main ski for 6 hours non stop..
firt time jugak jejak tanah Eropah

2. debat piala presiden permai
dapat naib johan je..alhamdulillah
banyak perkara baru yang saya belajar esp TAMAYYUZ
banyak benda perlu improve esp critical thinking, time, intonation, emotion, knowledge
chaiyokk..kalau ada debat mpmmj panggil saya..heh

3. first time celebrate birthday di oversea
masa ni sangat terharu sebab ramai orang sudi raikan birthday saya
kek coklat-bluberry cheese cake 2 - oreocheesecake-puding-nasi kerabu-carbonara etc
mereka sangat awesome and i love them all~

4. ahli baru dalam family
yang ni paling excited sebab dapat kakak baru..hehe
tapi sayang tak sempat tengok nikah sebab saya di Bangkok ketika itu
tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar

5. individual trip
yang ni paling challenging sebab tak pernah buat
nasib baik ada pengalaman yang berkaitan
within 3 days,
queen alia int. airport >> cairo airport >> bangkok airport >> klia >> lcct >> kuching >> senai >> home sweet home =)
ni masa balik bulan 6, dan semua ticket sponsored by my sis..thankyouu.=)

6. jejak negara
jordan/singapore - of course la kan
mesir -  untuk transit
oman- transit
bangkok - transit jugak
turki - winter break

7. kelas Jepun
best sangat sebab dapat recall vocabs yang dah belajar dulu
ala-ala 2nd teacher kat dalam kelas tu sebab basic dalam tangan..hehe
terubat rindu terhadap Tokyo&Hokkaido

8. Belajar untuk menerima
ni dugaan disaat tak capai target untk sem 2
belajar berbaik sangka dengan Allah
keputusan peperiksaan semuanya dah ditentukan, kita hanyalah watak yang disediakan
sebab Allah dah tahu usaha kita macamana
tapi jangan salah sangka sebab Allah sentiasa berikan yang terbaik dan ada hikmah disebaliknya

9. jadi imam untuk mama solat tarawih
ni pun antara benda yang best bagi saya sebab selama ni asyik pentingkan diri je
bagi saya solat tarawih tu di masjid dan tak umphh kalau buat kat rumah
tapi this year sebab saya xnak mama terlepas solat tarawih, so kami buat sama2
terasa kemanisan di situ =)

10. menjaga hati
saya kira dugaan yang paling hebat sepanjang sem 1, tahun dua ni
sebab perlu berlawan dengan diri sendiri..
dan semakin menjauhi, semakin dekat pula muamalat antara kami
he doesnt do anything but i learn something
Ya Allah peliharalah hati ini dan simpanlah rasa ini sehingga tiba masa yang tepat..aminn


bye2 tahun 2012,
tahun yang banyak mematangkan diri saya^^



Saturday, 29 December 2012

fuh..fuh..fuh..
dah makin tebal habuknye..hehe
ok cerita ni pun dh almost basi tapi nak update jugak
sebabnya sangat best n awesome(xpernah terfikir my batch akan buat mcmni)
recently, we had so-called mini election to appoint new leaders 
at first, i thought it gonna be typical election like what we had before,
announce candidates' names, and waiting for the election day and so on

but..we have political party..awww


ni OCTET
hasil gabungan 8 orang
mula2 namanya JUM (jangan undi mereka)
tetiba mereka bubarkan dan tubuhkan party baru..ni party medic


 next, RATU
party yg last sekali ditubuhkan
akhawat medic jugak kesemuanya



yes, ni my favourite poster
DATIN
sebab saya kan suka benda yang mewah2 ni..so that's why suka party ni
hahha =)
tapi kesemuanya akhawat dentistry





ni pulak GSU
dan kesemuanya syabab dentistry yang sememangnya saya tak berapa mengenali mereka



lastly,,my favourite party..taraa
SENTAP
why? sebab dorang ada karisma tersendiri dan memperjuangkan misi tertentu
ok mungkin saya agak bias sedikit..tapi entahlah
oh ye party ni gabung syabab akhawat tapi dorang tak sempat nak buat poster kot
sebab kebanyakan mereka aktif dengan persatuan
tapi agak kecewa lah jugak sebab poster dorang biasa2



nampak tak si sweater hijau di belakang..penyokong tegar SENTAP
dan lelaki di tengah itu adalah calon oresiden pilihan ramai
fighting!

tapi ada jugak, party yang mengkritik SPR iaitu DOMEDETTA


ok seriously agak bosan sbb nak cepat,,
will update soon
malam ni tahu keputusannya..x sabar
hope my 1st choice going to be the chosen one
siapa?
jumpa saya untuk tahu~



footnote1 : final exam sudah bermula,,fighting
footnote2: menghitung hari sebelum bergelar gadis belasan tahun
footnote3: bantulah saya untuk menjaga hati

Tuesday, 2 October 2012

021012

bismillah..
hari ni banyak perkara yang berlaku dalam diri saya as the first time
moga2 banyak pengalaman, banyak iktibar yang diambil

pagi2 lagi dah diuji
pakcik2 driver bas pakat buat mogok taknak buka pintu bas
sebab apa?
ada yang cakap nak naikkan harga tambang dari 35 qirsyh (RM1.60) kepada 40 qirsyh (RM 1.80) sebab harga minyak naik
dan sebagai pelajar tajaan, ramai yang takde masalah sebab cuma selisih 5 qirsyh je,,
" Ala, macam 5 sen je pun beza, lagipun penaja bagi duit untuk gi klas kan"
ada juga khabar angin pasal polis tak bagi lalu jalan yang biasa bas lalu..
macam tak logik pun ada

mogok ni sebenarnya dah mula dari semalam lagi cuma tak ketara sangat
bayangkanlah sampai stesen bas pukul 7.20,, pukul 7.40 baru boleh naik bas
kalau hari biasa tak sampai 5 minit dah boleh gerak gi JUST
mana-mana yang terlewat sikit terpaksalah naik teksi yang tambang 4JD = RM20

hari ni, sampai2 stesen bas tu nampak semua senior patah balik ke jalan besar
tanya-tanya,,
rupanya nak ambil teksi sebab bas taknak buka pintu langsung
dari jauh dah nampak lambakan students tak kiralah arab, melayu, bangsa lain
"kalau semalam, bas buka pintu pun susah nak masuk,,
apatah lagi hari ni yang belum bukak pintu langsung"

cari-cari kawan satu batch untuk kongsi teksi
rasa macam clinical student
sebab
bawak labcoat, naik teksi, turun depan hospital..hehe
alhamdulillah selamat sampai 15 minit sebelum kelas

lepas zohor diuji lagi
on the way nak pergi pathology lab from masjid
tetiba ada angin kencang macam ribut pasir
banyak pasir masuk kasut
mata+hidung+mulut dah cover dengan labcoat sebab taknak masuk pasir
tudung nasib baik tak terbang
badan dah rasa macam hilang berat badan sebab rasa nak melayang..hehe






macam kebakaran pun ada
betapa dahsyat tak dahsyatnya
rasanya ni yang paling teruk sepanjang setahun dok sini
mungkin petanda yang nak tukar musim
yeah, winter is coming~~

bila nak balik rumah,,
nasib baik bas dah ada
pakcik driver mogok sekejap je
tapi tambang memang dah naiklah kepada 40 qirsyh

moga2 esok lebih baik dari hari ni =)



notakaki1 : esok kelas sejam je..pukul 9.30 dah boleh balik

notakaki2 : terkejut dapat berita ayah kepada kawan kat US tu meninggal 7.30mlm waktu malaysia..kami tahu 3 jam lepas tu..he's not my schoolmate tapi kawan masa gi nihong dulu..al-fatihah

Monday, 1 October 2012

ihsan dalam perbuatan

bismillahirahmanirahim..
baru sahaja selesai baca hadis kedua dari hadis 40 yang ditulis oleh Imam Nawawi
mengisahkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (ada sedikit berkaitan kiamat)
terlalu panjang untuk dipostkan di sini
sekadar berkongsi  frasa yang menarik perhatian

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ 
“ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” .

senang cerita,,semua perkara yang kita lakukan mestilah buat bersungguh-sungguh
sebab Allah yang Maha Agung tu tak pernah lepas dari melihat kita
itupun kita masih lagi leka dan tak malu membuat kemungkaran (opss!)

ada orang kaitkan ihsan dalam belajar,,
macam mana tu?
sama je,, kita belajar seolah-olah Allah melihat kita 
kalau dalam kelas mengantuk, kita segan kalau cikgu/pensyarah nampak kita tidur
samalah jugak, lagi2 kita tak dapat nak cover ngantuk dengan Allah
ye, tak dinafikan belajar, cepat bosan, ngantuk, tak fokus, fikiran melayang dan sebagainya
sebab apa?
sebab belajar tu kan ibadah
dah lupa ke yang syaitan berjanji untuk menghasut dan melalaikan umat manusia yang melakukan kebaikan?
jadinya sama-samalah kita muhasabah diri
mungkin boleh menjadi kekuatan untuk terus melawan rasa ngantuk dalam kelas =)

oh ya, ihsan ni boleh dipraktikkan dalam semua perbuatan kita
sebabnya sedikit sebanyak boleh galakkan kita untuk terus ikhlas, tekun dan bersungguh-sungguh dalam kehidupan



notakaki1 : wahh, dah lama tak update blog, jadinya ayat dah tunggang terbalik..

notakaki2: sekarang tengah mood perbahasan bajet 2013..sementara internet masih laju, bolehlah tengok live

notakaki3: tak terlambat kot nak wish congratulation for both sdar debate team on their achievement in ppm'39..walaupun bm dapat naib johan, tapi u all memang legend,,dah dpt rasa aura korang since ppm '37 lagi..mungkin kita senasib kalah masa final disebabkan benda2 teknikal (legend bahas cakaplah,,xsempat tgok pun)

Thursday, 26 July 2012

ramadhan 1433

bismillah
mungkin tak terlalu lambat utk ucap salam ramadhan
kalau kat malaysia start puasa hari sabtu hari tu,
dekat Jordan dah start since jumaat
so kami yang akan balik malaysia ni akan puasa extra sehari..yeah^^
memang agak kalut sikit sebab semua orang expect hari sabtu
tetibe dh nak maghrib hari khamis tu, kat tv announce esok puasa, so malam ni start tarawih
so semua program tangguh serta merta untuk bagi laluan kepada tarawih

biasanya ada macam2 ucapan untuk ramadhan kan

ramadhan kareem
jawab : Allahu akram
sebab apa?
kita cakap ramadhan yang mulia, so kita kena kembalikan kemuliaan tu pada Allah, 
dengan menyebut Allah yang palingg muliaa

ramadhan mubarak
jawab: Allah yubarik alaik
semoga Allah memberi keberkatan keatas kamu

p/s : tapi sekarang mcm orang dh jarang sebut ramadhan mubarak, sbb phobia kot..oppss


^_^


Saturday, 14 July 2012

spontaneous saturday..hehe


tajuk cm gempak giler je
kalau dah tahu, tahulah 
just nak share lately saya berjaya keep in touch with my family in japan^^
takdelah berjaya sgt sbb bukan saya yg contact
my sis (3rd from left) yg add me kat fb
and currently we have communication problem because she cant understand english 
and my japanese become worse as i didnt practise it about 3 years..huhu
nasib baik ada senior kat yamaguchi tolong translatekan guna hiragana n kanji
ok nanti cerita lagi..daa~~


comeback

hye readers semua
xtaw la apa yg busy sgt smpai blog ni kesepian..hehe
*bunyi mcm lonely je*

just nak summarize sket2 spanjang hampir 2 bulan bercuti
firstly, sy balik msia masa summer break 2 minggu hari tu
bukan homesick ya
tapi meraikan kehadiran orang baru dlm family



kak syu, welcome to our family ya^^
congratulation to both of you <25 may 2012>

balik malaysia hari tu pun xde lah bercuti sangat
sebab BUSY..cehh bajet mcm tolong banyak benda je
act kepenatan sebab kena overcome jet-lag and weather malaysia
xpernah2 jet-lag masa gi mana2 dulu, tup2 jadi cmni sebab smpai msia mlm
so lpas tdo lama dlm flight jgnlah tdo lagi lpas landing, confirm jet-lag
tapi sbb dh smpai malam kan..hmm

pastu weather kat msia yg panas dan lembap
(pdahal jordan lagiiii panas, 42C)
tapi panas jordan xberpeluh
kat msia yg lembap myebabkan muka sy gatal2 + selesema yg mlampau
n kmuncaknya masa majlis di pihak kami..
nasib baiklah sembuh b4 majlis..klau x rasa nak pkai topengg

so xde apa yg mnarik mlainkan entry2 basi sahaja
sekarang tgh summer sem
xlama..sebulan setengah je
tapi ade 3 kali exam utk setiap subjek
n silabus lebih kurang cm sem2 biasa yg ade 3-4 bulan
tapi ada lagi 1-2 chapter yg dikeluarkan dari silabus
sungguhlah hectic n thats why x sempat2 update blog

till then~~


notakaki1: menghitung hari bila rumah baru nak siap n boleh pindahh..weee
notakaki2: bulan 7 adalah bulan di mana birthday ramai orang yg berjaya tinggalkan kesan dlm hidup sy..
notakaki3: rindu..