CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 30 March 2012

lemah lembut seperti Rasulullah

bismilahirahmanirahim
bersempena hari jumaat- penghulu segala hari
saya nak kongsi sedikit 


" sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin"
9:128

bila, tengok video kat atas tu memang nampaklah kan 
semua orang mencontohi akhlak Rasulullah
salah satunya ialah lemah lembut

tapi sebelum tu, kadang2 kita tersalah anggap lemah lembut tu macamana
mungkin dari gaya kita jalan, cakap dan lain2
(kadang2 org ckp kita cover depan orang)
tapi sebenarnya lemah lembut tu sangat mendalam maksudnya
bolehlah kalau dikatakan seakan-akan bertoleransi, berlapang dada dan mendekati seseorang dengan cara yang berhikmah

" maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan dengan kata2 yang lemah lembut, mudah-mudahan dia beringat atau takut"
20:44

kisah 1
cuba kita ingat balik kisah seorang arab badwi yang buang air di masjid
masa tu semua sahabat rasa marah dan geram sebab orang tu dah kotorkan masjid- rumah ibadah dengan najis kan
tapi Rasulullah buat apa?
baginda menyuruh sahabat2 tunggu dulu sehingga orang arab selesai hajatnya
kemudian baginda mendekatinya dan beritahu bahawa masjid bukan tempat untuk buang air, malah kita perlu pelihara kebersihannya
masa tu Rasulullah takde pun marah2 orang arab tu walaupun dah kotorkan rumah Allah

kisah 2
macam mana pula dengan kisah seorang sahabat yang minta izin untuk berzina?
Rasulullah tak terus marah, tapi baginda gunakan pendekatan psikologi

'kalau ibu awak berzina dengan lelaki lain, apa perasaan awak?'
'marah'

'kalau adik perempuan awak berzina, apa perasaan awak?'
'marah'

'kalau adik perempuan seibu dengan awak, berzina?'

'kalau adik perempuan sebapa awak berzina?'

'kalau saudara perempuan awak berzina?'

semua jawapannya 'marah'

'begitu juga apa yang akan dirasai oleh keluarga perempuan yang awak hendak berzina dengannya'

sahabat tu pun terdiam dan insaf,
dia berjanji akan tinggalkan perbuatan tu..
hebat kan Rasulullah tegur dengan lemah lembut

kisah 3
kisah pembukaan kota makkah pulak
Rasulullah beritahu kat penduduk makkah

'sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Sufyan, dia akan selamat'

walaupun Abu Sufyan antara penentang Islam, Rasulullah masih lemah lembut dengan nya
dengan kelembutan itulah menarik Abu Sufyan untuk peluk Islam..Alhamdulillah



sebenarnya banyak lagi kisah2 yang boleh kita contohi
dan sahabat2 juga banyak mencontohi akhlak Rasulullah

sebelum tu, ada seorang sahabat berkata

' Rasulullah lebih pemalu berbanding seorang gadis'

kita sebagai seorang gadis@perempuan?
kadang2 lagi tak pemalu daripada lelaki..
segan kan..

takpe lah sama2 kita berubah n mencontohi sikap Rasulullah
(mengingatkan diri sendiri juga)
moga2 dengan kita berlemah lembut orang akan menyenangi dan berlapang dada

" dan mereka diberi petunjuk dengan ucapan yang baik dan ditunjukkan pula kepada jalan yang terpuji"
22:24

wallahualam


nota kaki 1: jom sama2 kita baca surah al-kahfi

nota kaki 2 : jordan dah tukar jam..beza dgn malaysia dah kembali 5 jam

nota kaki 3 : selamat pergi dan balik sahabat2 yang sertai global march to jerusalem (GMJ)

nota kaki 4 : tgh mood nak 'baking'..tapi xde idea..huhu

No comments:

Post a Comment