CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 10 May 2014

travel vs jaulah

kalau tengok tajuk tu rasa macam lebih kurang, perbezaan bahasa je, 
tapi to me they are totally different conceptually
saya ada satu 'problem' yang akan kritikal bermula dari sebulan sebelum cuti semester
kenapa?
sebab masa tu adalah fasa batchmates cakap pasal travel
yeah my batchmates sangat laju bila benda2 macam ni
dan masa ni antara masa yang saya akan teruji dengan 'how i define travel/jaulah?' dan sejauh mana saya akan doubt dengan all the concepts yang saya pernah buat.

definition:
travel : melancong ke tempat-tempat yang kita suka, bergambar di landmark negara tu &penuhkan passport
jaulah : semua definisi travel cuma ada tambahan iaitu mencari ibrah di setiap tempat yang kita pergi dan ada objektif tersendiri (like berazam untuk menjadi lebih baik,mencari semangat yang hilang etc)

nampak tak perbezaannya?
saya ada meletakkan beberapa qarar (peraturan) sekiranya untuk melancong:

1. Taknak ada lelaki as travel/jaulahmate - sebab tak special bila nak travel dgn suami nanti..hehe

2. Taknak pergi Italy and Swiss - sebab nak pergi Venice dgn Swiss dgn ehemm plus Swiss mahal sangat kot..kena kerja dulu

3. Pergi tempat-tempat yang boleh mengesani jiwa dan tak terlalu keduniaan sangat (takpun berpada-pada)

4. Semua travel/jaulahmates kena faham bahawa kita spend duit ni bukan sekadar nak sampai tempat tu je tapi sebab kita nak dapat something yang menjadikan kita lebih baik

5. Preferable setiap kali travel/jaulah dengan orang yang berbeza - supaya lagi ramai orang yang kita lagi kenal

6. Pergi tempat yang ada Malaysian supaya lagi faham kehidupan di situ and economical

btw kenapa saya meletakkan syarat-syarat macam tu?
act ada beberapa quotes dari orang yang membuatkan saya sangat terkesan:

1. 'Arina, kita travel ni guna duit banyak sangat so kalau kita tak dapat something yang bermanfaat tu rugi sangat, so carilah something yang menjadikan diri awak better' -nadnsyi-

2. 'Apa beza antara manusia dan khalifah travel?
Kalau manusia ni bila dah sampai sesuatu tempat,cop passport dan amek gambar dengan landmark, lepastu tunjuk kat orang dan cakap 'oh aku dah sampai di sini etc'. tapi kalau khalifah ni berbeza sikit ..' -Dr. Rayyan-

3. 'As a traveller we should discover something, bukan sekadar pergi tempat yang berjuta orang dah sampai (like museum,disneylands,landmarks etc) tapi pergi tempat yang rare barulah dinamakan traveller, kalau tak itu namanya tourist. Kalau pergi sesuatu bandar pun, stay for a few days untuk kita betul-betul faham bandar tu dan tahu dengan lebih mendalam' -lebih kuranglah mafhumnya dari Paulo Coelho-

4. 'Dah 3 tahun akak duduk Ireland ni akak cuma pergi UK,Jordan,Mesir je sebab akak rasa kalau pergi sesuatu tempat tu tak dapat something, baik stay je dekat sini, dapat jimat duit and mungkin lagi banyak benda Allah nak ajar' -3rd year med student in RCSI-

5. 'Saya peliklah dengan perempuan Malaysia dekat Irbid ni, pergi mana-mana sikit-sikit nak muroqib (ada lelaki yang teman). Kalau awak travel dengan lelaki, sedikit sebanyak perasaan malu awak tu dah kurang tau..kita sebagai perempuan ni ada benda yang kita kena jaga macam nak pergi tandas, tak boleh solat. Semua tu janganlah sampai lelaki tahu' -Sheikhoh Umaimah-

6. 'Kalau kita sekadar pergi sesuatu tempat tu sekadar nak tengok tempat tu macam mana baik tengok dokumentari dalam tv je. Takde beza pun' -Senior dentist, 4th year-

7. 'Bila dah besar nanti pun still nak travel jugak, so let say dah pergi semua tempat sekarang and nak pergi lagi, so apa yang membezakan travel sekarang masa jadi students dengan dah kerja and berkeluarga nanti' -innocent arina when she was 1st year in Jordan-

Nampakkan..sebab kawan-kawan sekeliling saya kebanyakan tak nampak benda macam ni
mungkin ada cuma saya tak tahu
ada jugak yang persoalkan 'ala pergi mana-mana pun still boleh terapkan values tu cuma nak taknak je'
yup..memang betul..tapi sejauh mana kita mampu bertahan dan control excitedness kita?

bila kita bersama orang yang faham kita nak JAULAH
 cara penyusunan tempat pun berbeza
kita letakkan hadaf (objektif) apa yang kita nak capai, baru kita cari tempat yang insyaAllah berpotensi untuk capai hadaf tu
tempat-tempat yang kita nak pergi, kita akan fikir membawa benefits ke tak
seronok sangat bila dapat peluang macam ni sebab kita akan latih diri kita untuk sentiasa positif
even spec patah pun (masa kat London) terus muhasabah diri kena gunakan nikmat mata sebaiknya
bila tengok tasik, rasa bersyukur Allah tundukkan supaya bot boleh lalu dan tak melambung
tengok sungai, patuh,mengalir ke satu arah takdelah nak melawan arus etc

Tidaklah aku melihat sesuatu itu melainkan aku melihat Allah dalam sesuatu itu..”

cantik sangat..lagi best bila dah tengok benda-benda yang duniawi, ada orang neutralkan kita balik
membawa kita kembali ke realiti,sedar apa peranan kita, tujuan hidup kita

kenapa nak pergi tempat yang ada Malaysian?
sebab nak jimat kos..hehe
sebab nak dengar cerita-cerita, struggle mereka untuk menjadi a good Muslim
banyak benda yang boleh kita muhasabah like 'dia duduk Europe kot, boleh je kalau dia nak ... tapi aku duduk Jordan yang ada biah (suasana) Islamik ni why not untuk aku manfaatkan sebaiknya
pernah jugak masa pergi Exeter, England..kebanyakan Bank Negara scholars, memang budak2 yang cream of the cream lah kan, tengok how they struggle, stay back dekat library belajar, bila balik rumah dah boleh buat macam-macam, takpayah study sebab dah cover dekat library (tu antara yang saya cuba apply)

ada beberapa halangan juga:
1. susah nak cari mates sebab mereka banyak nak kejar bilangan negara dan tempat untuk pergi

2. tak semestinya tempat yang kita nak sangat pergi kita dapat pergi sebab besar kemungkinan hadaf yang kita nak capai tu, jalannya bukan kat negara yang kita nak pergi..maybe negara lain..please remember this, Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita nak

'...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui' 2:216

pernah je mengalami keadaan macam tu masa winter trip '14..nak sangat pergi Spain dgn France tapi disebabkan adalah beberapa masalah tukar ke Ireland and UK..alhamdulillah ala kulli hal..banyak sangat dapat ibrah =)

Jaulahmates Turkey '12

ok, ni baru semua ada

tadabbur (membaca Quran beserta menghayati tafsir) surah an-Nur di Masjid Biru, Turkey
baca ma'thurat dalam tube, London

explorace cari tiket


Jaulahmates UK '13

bahan bacaan semasa transit London-Ireland


Jaulahmates Ireland '14

so readers, how you define travel?

1 comment:

  1. i do hold one quote 'be a traveler, not a tourist'.. maksudnya lebih kurang macam apa yang ada dalam entri.. traveler = jaulah, tourist = travel.. sebab bila jadi tourist, kita mungkin hanya kagumi tempat yang dilawati, bergambar, bersuka-ria, dan tinggalkan tempat tu dengan kenangan indah (yang biasa kita dengar dan tahu).. tapi bila jadi traveler, kita akan dalami diri kita sendiri lebih daripada tempat yang kita lawati. apa-apapun, semuanya bergantung pada hati dan diri kita. even kita pergi banyak kali tempat yang sama, tapi kita jumpa something yang boleh mendidik kita, itu lebih baik daripada pergi tempat baru dan menarik yang belum tentu memberikan kita tarbiyah secara langsung. hargai setiap perjalanan kerana di situ kita menemukan hikmah yang tersembunyi. wallahua'lam..

    salam ukhuwah sis :)

    ReplyDelete